MAHFUZ BEAN PERASAN UMNO DENGKI DENGAN PAS? BLAH LA WEI..

>> 31 May 2012


Mahfuz Bean yang seronok sendiri melemparkan pelbagai tuduhan ke atas UMNO dengan projek pembinaan Lebuhraya Rakyat oleh Kerajaan Kelantan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Antara pertuduhannya ialah UMNO sakit hati, dengki, marah dan pelbagai lagi lemparan negatif dengan projek yang bakal dibina ini.

Realitinya, UMNO langsung tidak berdengki sebaliknya berharap pada projek ini Kerajaan Kelantan tidak sekadar hangat-hangat tahi ayam seperti yang berlaku pada projek-projek selenggaraan Kerajaan Kelantan. Ini kerana usaha Kerajaan Kelantan ini pasti mampu memberi kesenangan kepada rakyat Kelantan tanpa mengira parti.

Tetapi...

Dari perancangan pun sudah nampak kegagalan projek ini atas pelbagai faktor. Pertamanya melalui kewangan. Buat masa ini dana untuk Projek Lebuhraya Rakyat masih kabur di mana kos pembinaan sebanyak RM 1.8 billion masih belum dapat dikutip. Dalam pada itu projek sudah mahu berjalan. Persoalannya kontraktor atau pemaju mana sanggup untuk melakukan pembinaan tanpa jaminan akan dibayar?!

Hakikatnya peruntukan sepatutnya perlu dipenuhi dahulu sebelum memulakan projek sebagai jaminan untuk pemaju yang akan memulakan projek. Dalam keadaan ini, Nik Aziz patut terangkan pemaju mana yang sanggup mengambil risiko "bunuh diri" dengan melakukan pembinaan dengan tiada jaminan pembayaran.

Faktor kedua pula jelas menunjukkan trademark Kerajaan Kelantan dari dahulu sehingga ke hari ini sekadar bercakap sahaja lebih, perlaksanaan kosong. Dari beratus-ratus projek yang didalangi Kerajaan Kelantan, yang mampu disiapkan pada hari ini hanya boleh dibilang dengan jari.

Ini antara projek-projek mega Kerajaan Kelantan yang sekadar hangat-hangat tahi ayam.
  1. Bandar perikanan di Tok Bali - RM 800 juta
  2. Projek agro tourism Pergau - RM 250 juta
  3. Bandar baru Pengkalan Kubur - RM 1 bilion
  4. Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM 350 juta
  5. Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM 885 juta
  6. Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM 328 juta
  7. Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM 2 bilion
  8. Pelabuhan di Tumpat - RM 360 juta
  9. Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
  10. Masjid Tok Guru - RM 650 juta
  11. Projek kambing jamnapari
  12. Projek Kelantan Koridor Depu
  13. Dinar emas Kelantan
  14. Bazar Tok Guru
  15. Skim takaful warga emas Kelantan
  16. Projek Pembangunan Pengkalan Kubor
  17. Pusat Dakwah Islam Antarabangsa
  18. IPTA di Kelantan
  19. 4,000 unit buah rumah mampu milik di Kota Bharu
  20. Jambatan Sungai Kelantan (Majlis Pecah Tanah oleh Sultan Kelantan pada 1996)
Ini baru 20 yang dinyatakan. Jika disenaraikan semua alamatnya lagi berbululah orang-orang PAS dengan fakta ini. Berdasarkan fakta ini pun sudah terang bahawa Lebuhraya Rakyat sudah boleh dimasukkan ke dalam projek-projek yang gagal oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Jadi Mahfuz Bean jangan perasan kata UMNO dengki ya...

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP