AISHAH SENASIB DENGAN CIKGU MALA. MANGSA PERMAINAN PAS

>> 31 May 2012


Sudah jelas bahawa Aishah diwar-warkan akan bertanding pada PRU 13 nanti. Malah dikhabarkan Aishah akan bertanding di Negeri Sembilan iaitu Jempol. Fakta jelas menunjukkan bahawa Jempol merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak zaman-berzaman di mana masih mampu dipecahkan pembangkang.

Nasib Aishah sebenarnya tidak ubah seperti Cikgu Mala yang dipertaruhkan nasibnya untuk menjadi bahan eksperimen PAS dan tidak lebih dari itu. Cikgu Mala sebelum ini diperjudikan nasibnya di kubu kuat UMNO iaitu DUN Tenang pada PRK lalu. Keputusan sudah dijangka di mana Cikgu Mala tidak akan mampu untuk menang. Dan kerana itu PAS meletakkan calon wanita dan bukannya calon yang boleh menang. Dan dari sini dapat disaksikan bagaimana PAS memperkotak-katikkan nasib calon-calon wanitanya dengan meletakkan mereka di kawasan yang tiada harapan menang. Malah mereka benar-benar menjadi tikus makmal PAS untuk menguji sesuatu yang belum pasti.

Kini Aishah dalam dilema yang sama. Belum ada jaminan Aishah untuk menang di Jempol. Jaminan untuk kalah sudah pasti. Dan pastinya keadaan Aishah ini akan senasib dengan Cikgu Mala pada masa akan datang iaitu tidak lebih dari sekadar tikus makmal PAS.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP