PKR TAK SEDAR RUMAHNYA BOCOR TAPI MENYIBUK DI RUMAH ORANG LAIN

>> 19 May 2012


Pemimpin-pemimpin PKR sedang giat menjalankan kempen di Negeri Sembilan. Hari ini mereka mengadakan konvoi jelajah Negeri Sembilan. Program tersebut disertai oleh Rafizi, Sam Ketot, Azmin dan ramai lagi. Objektifnya tentulah untuk berkempen dalam usaha merampas Negeri Sembilan. Dan ini pastinya arahan daripada Anwar Ibrahim sehingga orang-orang kuat PKR dikerah ke bumi perpatih ini.

Tetapi dalam pada pemimpin-pemimpin PKR mabuk berkempen di Negeri Sembilan jangan lupa bahawa Negeri Sembilan bukannya mudah untuk dirampas oleh Pakatan Rakyat. Sudah beratus-ratus program Pakatan Rakyat di  Negeri Sembilan gagal menarik perhatian. Malah untuk menutup malu, program-program Pakatan Rakyat terpaksa mengimport hadirin dari luar. Jika tak percaya, tanya Chegu Bard berapa ramai dia angkut budak SAMM dari luar untuk program PKR.

Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang masih memberikan harapan palsu kepada pembangkang Negeri Sembilan bahawa Negeri Sembilan akan jatuh di tangan Pakatan. Realitinya ia sama sekali tidak akan terjadi. Dahulu PKR boleh bertapak di Negeri Sembilan kerana undi protes dan bukannya kerana mereka kuat. Itu adalah fakta! Jika tidak percaya bandingkan statistik jumlah pengundi pada PRU 11 dan PRU 12 di Negeri Sembilan. Bolah dikatakan hampir 30% pengundi tidak keluar mengundi di kebanyakan kawasan.

Jadi pemimpin-pemimpin PKR tidak usahlah mengabihkan boreh dengan mengadakan program-program yang tidak berfaedah seperti ini kerana nanti anda akan pasti kecewa. Jangan lupa Ketua AMK Negeri Sembilan iaitu Ruslan Kassim antara orang-orang awal keluar parti. Malah beratus-ratus lagi ahli PKR sudah keluar parti. Adakah fakta ini gagal difahami pemimpin-pemimpin PKR?

Ada baiknya pemimpin-pemimpin PKR menjaga rumah mereka yang sudah sedia bocor di Selangor. Dalam masa kini tidak nampak langsung Selangor mampu dipertahankan PKR. Malah Selangor juga mencatatkan jumlah teramai ahli PKR lompat parti. Ini tidak lagi dikira skandal-skandal pemimpin PKR Selangor seperti Azmin Aiskrim dan Eli Kangkang. Malah yang paling kelakar kawasan MB Selangor sendiri iaitu Ijok pun sudah tiada ranting PKR kerana telah dibubarkan oleh ahli parti PKR sendiri. Jadi ada baiknya Anwar menyuruh pengikutnya menampal lubang-lubang bocor di Selangor sebelum sibuk di Negeri Sembilan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP