MALAYSIAKINI CUBA MEMBUAT LAPORAN PALSU. CERAMAH PKR TIDAK DIGANGGU

>> 25 May 2012


Malam tadi berlangsung ceramah PKR di Lembah Pantai yang dihadiri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Azmin Ali dan ramai lagi suku-sakat Anwar Ibrahim. Tidak jauh dari ceramah PKR itu pula (dalam lingkungan 20 meter) terdapat satu lagi ceramah yang dikelolakan oleh UMNO dengan menjemput Ummi Hafilda sebagai penceramah.

Dalam satu laporan oleh Malaysiakini, UMNO didakwa membaling batu ke arah hadirin yang hadir ke ceramah PKR sehinggakan seorang warga emas cedera. Dalam pada itu media-media pembangkang menyalahkan UMNO kerana insiden tersebut dengan mengaitkan budaya samseng dengan UMNO.

Tetapi dalam satu laporan dari Sungai Rapat Online, kumpulan PKR dikatakan memulakan kekacauan dengan mengganggu ceramah Ummi Hafilda. Maka hasil dari tindak balas itu, para hadirin dari ceramah Ummi Hafilda membaling batu dan telur ke arah pengacau-pengacau PKR.

Dalam pada itu pastinya kita terfkir siapakah yang memulakan kekacauan.

Mungkin gambar dari Sungai Rapat Online ini menjadi bukti kukuh siapakah yang memulakan kekacauan.


Dapat dilihat dari gambar ini siapakah yang berkelakuan agresif. Manakala dari sumber pembangkang pula, tiada satu pun gambar atau bukti menunjukkan kelakukan agrasif hadirin di ceramah Ummi Hafilda. Malaysiakini pula sebaliknya hanya menayangkan gambar penyokong PKR yang telah tercedera. Dimanakah gambar yang mampu menyokong hujah Malaysiakini bahawa hadirin di ceramah Ummi Hafilda bersikap agresif?

Jadi berdasarkan gambar ini sudah cukup untuk menunjukkan kumpulan manakah yang memulakan kekacauan. Tambahan pula ceramah PKR hanya mampu dimeriahkan oleh 300 hadirin jika hendak dibandingkan dengan ceramah Ummi Hafilda yang lebih baik.

1 comments:

The World of Islam May 25, 2012 at 7:46 PM  

pendedahan yang bagus blogger! bodoh nyer PR! aku dah paut blog tuan. pohon tuan pautkan blog saya.tq! www.myhomesoil.blogspot.com

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP