BAJU PENJILAT AMBIGA DIRENTAP DI DALAM MASJID

>> 21 May 2012


Puak-puak khawarij amat menjunjung ajaran Ambiga sehinggakan sanggup memakai baju BERSIH untuk bersolat berjemaah di masjid. Dalam satu kejadian, seorang siak merentap baju BERSIH yang dipakai seorang jemaah ketika bersalam-salaman.

Berdasarkan kepada Haprakah, ini bukan kali pertama lelaki ini memakai baju BERSIH untuk bersolat berjemaah. Sebelum ini lelaki ini dihalau dari menunaikan solat kerana memakai baju BERSIH.

Tetapi dalam pada Haprakah cuba menyalahkan siak itu, puncanya datang dari lelaki ini sendiri. Mengapa perlu memakai baju BERSIH untuk datang bersolat di masjid? Sudah tiada baju lain lagikah?

Lihatlah sendiri bagaimana perpecahan yang berlaku kepada umat Islam dalam situasi ini akibat BERSIH. Seperti diketahui masjid merupakan tempat suci dimana semua orang tidak mengira fahaman politik mendirikan solat bersama-sama. Tetapi perpecahan mula timbul apabila agenda politik dan fahaman mengarut dibawa ke dalam masjid seperti memakai baju BERSIH. Sekiranya lelaki ini tidak memakai baju BERSIH, adakah perpecahan timbul? Adakah bajunya akan direntap?

Inilah yang dimahukan Ambiga dari puak khawarij dalam usaha memecahbelahkan umat Islam. Dan puak khawarij pula sememangnya akan menurut sahaja perintah Ambiga tanpa berfikir.

1 comments:

Unknown May 21, 2012 at 6:08 PM  

kok dah tak ado laie baju lain, tokey ikan bulih bolikan.. ini songajo nak caghi pasal..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP