HAPRAKAH TERLUPA DENGAN FATWA SESAT PAS

>> 29 May 2012


Haprakah mempertikaikan bilakah Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa undi PAS masuk syurga? Mungkin Nik Aziz terlupa banyak perkara sehingga menjurus ke arah syurga dan neraka ciptaannya.

   

Selama ini PAS tidak pernah menidakkan dakwaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh mereka sendiri. Tetapi hari ini tiba-tiba mereka mempertikaikan dari manakah datangnya fatwa itu.



Dalam video ini jelas Nik Aziz menyatakan bahawa undi PAS dapat pahala sebaliknya bukan undi PAS masuk syurga. Persoalannya, kita mengejar pahala untuk syurga atau neraka?!

Saya percaya Nik Aziz lebih arif mengenai perkara tauhid ini sebagai seorang bergelar Tok Guru. Pengakhiran persoalan ini masih lagi dalam lingkungan undi PAS masuk syurga!


Malah ustaz-ustaz PAS juga tidak segan silu mengeluarkan kenyataan undi UMNO masuk neraka. Sekiranya begitu, bukankah itu bermaksud undi PAS masuk syurga?!



Jadi lain kali, orang-orang PAS jangan sesekali mempermainkan hukum agama untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai!

3 comments:

Anonymous,  May 29, 2012 at 7:03 PM  

Macam mana pulak undi DAP yang menggalakan murtad atas dasar nak sokong PR, jawab le.....

Anonymous,  May 29, 2012 at 7:08 PM  

Dapat pahala ke undi PAS, macamana plak undi PR (DAP) yang terang terang menolak Islam...LGBT, sokong Yahudi, dapat pahala juga ke???????

Anonymous,  March 27, 2013 at 5:51 PM  

Macam sesat pulak aku tengok UAI ni.. suka-suka nak cakap orang tu bapak setan.. ishkk.. bkn ke bapak setan tu ada dalam pkr..

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP