PENIPUAN BLOG PKR KUALA PILAH DIDEDAHKAN!

>> 19 May 2012


Blog PKR Kuala Pilah menyatakan gambar di atas merupakan majlis perasmian DAP Kuala Pilah yang diadakan pada 17 Mei 2012. Ianya dirasmikan oleh Anthony Loke di Conference Room, Melang Inn, Kuala Pilah. Konon-kononnya pengunjung yang hadir seramai 1000 orang.

Sebenarnya gambar dan fakta dari PKR Kuala Pilah ini adalah satu penipuan!

Conference Room di Melang Inn Kuala Pilah hanya boleh memuatkan kedatangan kurang dari 600 orang sahaja. Ini kerana hotel tersebut hanyalah hotel kecil yang setaraf dengan Hotel Seri Malaysia sahaja.

Dan yang paling besar pembongaknya apabila terang-terang kain rentang di belakang gambar tertera Forum Bahasa Mandarin DAP dan bukannya Majlis Perasmian DAP Kuala Pilah. Apakah penulis blog PKR Kuala Pilah gagal membaca apa yang ditulis di dalam gambar ini?

Tambahan lagi Forum Bahasa Mandarin DAP telah pun diadakan pada April lepas. Dan kerana itu ramai hadirin di majlis tersebut memakai baju BERSIH kerana semasa program tersebut diselitkan juga dengan ceramah BERSIH. Tetapi blog PKR Kuala Pilah menyatakan bahawa majlis tersebut berlangsung pada 17 Mei 2012. Secara logiknya, apa kejadahnya hadirin masih memakai baju BERSIH untuk majlis perasmian parti? Bukankah lebih formal untuk memakai baju parti?

Blog PKR Kuala Pilah kantoi menipu!

Baca juga di Prince of Pilah

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP