SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
>> 31 August 2011
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Semoga negara Malaysia yang murni sentiasa dilimpahi rahmat. Dirgahayu negaraku.
Salam kemerdekaan,
Tauke Ikan
Read more...
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
1. Apabila bercakap ia dusta
PAS mengadakan munajat pilihanraya di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, Kelantan.
Semalam, barisan pakar upahan Anwar yang diketuai Dr Brian McDonalds mempertikaikan mengenai ketelusan dan piawaian makmal DNA Jabatan Kimia Malaysia.
Sankara Nair yang peguam Anwar menyatakan bahawa pemeriksaan dari pihak pembelaan mendapati ujian yang dilakukan okleh pihak makmal tidak akan diterima di mahkamah kerana tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa.
Manusia ini tidak pernah menjadi kaya walaupun karyanya amat digemari hampir 50 tahun. Siapakah manusia ini? Tonton video di bawah untuk melihat karya "masterpiece" beliau.
Semasa saya melayari internet dan membaca cerita-cerita dari blogger luar negara, saya terkejut apabila menjumpai seseuatu yang agak memeranjatkan.
Saya telah menjumpai sebuah blog yang secara terang-terangan menghina dan memerangi Islam. Blog anti-Islam dari Malaysia itu dipromosikan oleh sebuah blog luar negara yang sememangnya diketahui berhaluan pro-Kristian dan anti-Islam.
Saya pun melayari dan juga amat terkejut kerana mendapati blog ini digerakkan secara aktif malah menentang dasar dan perlembagaan negara secara terang-terangan. Blog ini juga mempunyai rangkaian dengan blog anti-Islam yang lain di Malaysia.
Anwar semalam menyatakan bahawa perbicaraan mahkamah yang dijalaninya sebagai konspirasi untuk menjatuhkannya.
Anwar menyatakan bahawa konspirasi ini didalangi Najib untuk menyekat karier politiknya.
Anwar juga mendakwa perbicaraannya sebagai bukan perbicaraan jenayah.
Kenyataan di atas adalah kenyataan yang paling bodoh dan tidak sepadann dengan Anwar sebagai ketua pembangkang.
Bolehkah Anwar membuktikan di manakah yang dikatakan konspirasi itu?
Yang main belakang, Anwar.
DNA dalam lorong kunyit, Anwar punya.
Yang kena bicara, semestinya Anwar.
Hai lah nuar wei, kalau anda tak main jubo, saya percaya anda tidak akan dibicarakan. Sesungguhnya anda bernasib baik ALLAH telah memberikan petunjuk kepada kamu di dunia ini. Sesungguhnya kamu amat riak dan tidak mahu menginsafi diri kamu sendiri.
Kamu adalah orang-orang yang rugi seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pintu taubat sentiasa terbuka tetapi kamu memilih untuk menutup pintu itu sendiri.
Semoga rakyat Malaysia dapat mengambil iktibar daripada kisah Anwar Ibrahim. Anwar akan terus dikenali dalam sejarah Malaysia sebagai pemimpin Islam yang mempunyai tabiat seperti umat Nabi Luth.
Siapa yang tidak kenal dengan Mat Sabu? Orang ini baru sahaja dilantik sebagai timbalan presiden PAS tahun ini kerana dikatakan kemampuannya untuk menggegar kerajaan Barisan Nasional oleh puak khawarij.
Apakah benar seperti yang dikhabarkan puak khawarij itu atau pun sekadar temberang kedai kopi?
Kita sedia maklum bahawa Mat Sabu pernah mencabar Anwar Ibrahim di Permatang Pauh kerana ingin menunjukkan kejantanannya kepada PAS. Mat Sabu tewas dalam pertandingan tersebut kerana diwaktu itu pertandingan itu dilihat sebagai berat sebelah. Anwar pada waktu itu adalah peninju heavyweight manakala Mat Sabu sekadar lightweight.
Hari ini semuanya sudah berubah. Mat Sabu dikatakan oleh puak khawarij sebagai calon heavyweight yang tidak mampu dikalahkan oleh mana-mana pesaing. Sehinggakan Mat Sabu diangkat sebagai oleh pendemo BERSIH sebagai wira.
Oleh itu saya mencabar Mat Sabu bertanding menentang Zulkifli Nordin yang hanya seorang calon bebas dan pernah dipecat dari PKR di Kulim-Bandar Baru bagi menunjukkan kejantanannya sekali lagi pada PrU ke 13.
Kita boleh lihat adakah Mat Sabu sekadar beromong kosong atau pun sememangnya layak untuk menjawat jawatan timbalan presiden PAS. Saya pasti ramai di antara pembangkang dan kerajaan yang akan setuju dengan cadangan ini.
Hari ini saya sekali lagi akan mendedahkan taktik halus MalaysiaKini menanam perasaan benci dan rasis terhadap bangsa cina. Sebelum ini 2 siri pendedahan saya boleh dilayari dengan klik kepada butang "artikel terdahulu" di sebelah kanan.
Sememangnya diketahui ramai bahawa MalaysiaKini sememangnya hebat dalam menanamkan perasaan rasis bagi masyarakat cina. Mereka menyebarkan berita-berita dan diselitkan sekali perasaan benci terhadap melayu, kerajaan dan mana-mana institusi melayu yang terdapat di Malaysia. Jarang sekali kita mendengar mereka menyiarkan berita baik mengenai kerajaan dan orang melayu.
Hari ini saya akan mendedahkan bagaimana perasaan benci itu diterapkan.
Sememangnya diketahui orang melayu yang boleh bertutur bahasa cina tidak sampai 1%. Manakala orang cina pula sememangnya diketahui memang ramai di antara mereka fasih berbahasa cina hasil didikan sekolah rasis (smjk) dan amat sedikit bilangannya yang boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan baik. Fakta ini dimanupulasi MalaysiaKini sepenuhnya untuk menyebarkan ideologi rasis dalam portal berita versi bahasa cina.
Ini adalah portal daripada MalaysiaKini dan saya akan menterjemahkan untuk anda:
Pagi tadi saya telah mendedahkan sedikit mengenai semangat perkauman yang ditanam oleh MalaysiaKini di dalam artikel-artikel yang dihebahkan. Kini saya akan mendedahkan satu lagi kerja jahat MalaysiaKini dalam memeras wang orang melayu dalam portal mereka.
Sememangnya diketahui bahawa pengunjung atau pelayar internet harus membayar unutk membaca setiap artikel atau berita yang dikeluarkan MalaysiaKini. Tetapi tahukah anda segolongan orang tidak perlu membayar satu sen pun untuk membaca artikel MalaysiaKini? Malah golongan yang tidak membayar satu sen itu juga dihidangkan dengan berita yang lebih menarik dan lebih banyak.
Golongan yang tidak perlu membayar itu adalah golongan cina dan India kerana artikel yang ditulis selain daripada bahasa melayu dan inggeris langsung tidak dikenakan bayaran. Ini seolah-olah mencerminkan sikap mereka yang anti melayu yang diterapkan dalam portal tersebut.
Ini contoh artikel versi bahasa inggeris dan melayu:
Tahukah anda mengapa sebahagian portal MalaysiaKini hanya ditulis di dalam bahasa cina dan tiada dalam bahasa melayu? Saya yang boleh bertutur dalam bahasa cina sikit-sikit akan mendedahkan sesuatu yang tidak pernah diketahui orang melayu dan bangsa lain.
Ini pendedahan saya
Kebanyakan berita yang ditulis MalaysiaKini dalam bahasa cina kebanyakannya menyebarkan ideologi rasis kepada kerajaan dan bangsa melayu. Ini boleh dilihat sendiri berdasarkan tajuk-tajuk dan berita yang dipaparkan.
Laporan dalam Malaysiakini dalam bahasa cina pada 18 Ogos 2011:
© Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP