PAKATAN BAWA ISU BASI UNTUK CERAMAH

>> 24 May 2012


Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sudah kehabisan modal untuk berceramah sehingga terpaksa memainkan kembali isu basi untuk ceramah. Isu BERSIH 3.0 sudah pun basi tetapi untuk meraih undi simpati pada PRU akan datang isu ini dimainkan lagi.

Tambahan pula penceramahnya ADUN Sekinchan iaitu Ng Sue Lim juga mempunyai reputasi buruk sebagai seorang penipu. Ng Sue Lim sebelum ini pernah didakwa dipukul 20 orang oleh samseng UMNO tetapi secara logiknya jika dipukul 20 orang oleh samseng Ng Sue Lim sudah lama meninggal dunia.

Tambahan pula Ng Sue Lim cukup bersemangat memperjuangkang kematian Teoh Beng Hock suatu ketika dahulu sedangkan Ng Sue Lim sendiri pernah melanggar seorang budak Melayu sehingga koma. Dalam pada itu sehingga kini Ng Sue Lim masih tidak mengaku bersalah dan memohon maaf sedangkan pelanggaran tersebut dari belakang.

Jadi rakyat Negeri Sembilan jangan tertipu dengan ceramah ini kerana reputasi Ng Sue Lim sendiri penuh dengan penipuan.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP