HINDRAF AKAN BERTANDING PRU NANTI

>> 22 May 2012


Nampaknya Hindraf pun sudah kemaruk mahu bertanding PRU. Terbaru, P. Uthayakumar mengumukan akan bertanding di Parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas di Selangor. Dan yang agak mengejutkan, kali ini Hindraf akan menentang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kerana bertanding atas tiket sendiri.

Ini tambah mengelirukan kerana sebelum ini Hindraf sentiasa menyokong Pakatan Rakyat. Malah dalam kebanyakan program Pakatan Rakyat seperti ABU, Hindraf akan turut serta. Tetapi kali ini Hindraf akan menggigit tuan mereka iaitu Pakatan Rakyat. Sebabnya masih tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, Hindraf masih tidak mendaftar sebagai pertubuhan sah dalam parti politik. Jadi kemungkinan P. Uthayakumar akan bertanding atas tiket bebas sahaja.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP