PENULIS HAPRAKAH MENULIS TANPA FAKTA

>> 21 May 2012


Sebuah kolum di Haprakah mempertahankan pendemo-pendemo BERSIH 3.0 yang diserang oleh pemilik pasaraya Mydin iaitu Datuk Abdul Malik Mydin. Dalam satu ceramah televisyen, Datuk Malik menyatakan bahawa rusuhan BERSIH 3.0 mengakibatkan perniagaannya dan peniaga-peniaga lain terganggu. Ini menyebabkan pendapatan mereka berkurangan kerana pelanggan tidak dapat membeli dari pusat perniagaan mereka kerana jalan raya disekat. Tambahan pula pelanggan juga takut akibat keganasan yang dicetuskan oleh pendemo.


Dalam pada itu kenyataan Datuk Malik dijawab oleh penulis Harakah iaitu Subky Latif bahawa pendemo-pendemo tersebut kebanyakannya pelanggan pasaraya Mydin dan Datuk Malik sepatutnya menyokong tindakan pendemo-pendemo itu.

Dalam satu sudut, dari manakah Subky Latif mendapat fakta bahawa sebahagian besar pendemo adalah pelanggan Mydin? Adakah ini berdasarkan kepada fakta kaji selidik yang berasas? Jika sekadar bercakap tanpa fakta dan logik, ada baiknya Subky Latif tidak mengeluarkan artikel ini kerana ianya berunsur penipuan.

Malah dalam satu sudut yang lain, pemilik dan pekerja-pekerja Mydin menjalankan perniagaan sama seperti peniaga-peniaga yang lain. Dan ini sememangnya hak mereka dalam mencari nafkah seharian. Malah dalam al-Qurana juga menyatakan mencari nafkah itu wajib. Adakah kerana memperjuangkan BERSIH 3.0 Subky Latif dan pendemo-pendemo boleh mengetepikan hak orang lain seperti Datuk Malik yang mahu menjalankan perniagaan? Adakah matlamat menghalalkan cara? 

Malah Subky Latif secara bersahaja mengatakan bahawa kerugian Mydin dalam hari tersebut boleh diganti pada hari-hari yang lain. Ini merupakan satu jawapan yang tidak bertanggung jawab dari seorang tokoh seperti Subky Latif. 

Sepatutnya penganjur BERSIH 3.0 yang wajib memberikan ganti rugi kepada peniaga-peniaga seperti Mydin! Mengapa hanya boleh bersikap lepas tangan? Mengapa Subky Latif begitu pasti bahawa dalam sehari dua kerugian itu dapat ditebus? Dalam perniagaan keuntungan satu perkara yang terlalu sukar ditentukan. Hari ini mungkin untung atau rugi belum pasti. Cakap memang senang tetapi mampukah Subky Latif membuktikan dalam sehari dua Mydin akan mendapat kembali ganti rugi seperti yang dikatakannya?

Jika PAS benar-benar bertanggung jawab, eloklah PAS menyuruh penganjur BERSIH 3.0 membayar segala kerugian yang dialami peniaga-peniaga semasa demo BERSIh 3.0 tempoh hari dan bukannya sekadar bersembang kosong. Terbukti penganjuran BERSIH 3.0 benar-benar mencurahkan pasir ke dalam periuk nasi peniaga-peniaga tersebut.

1 comments:

Anonymous,  May 22, 2012 at 5:10 PM  

TUE JER SUBKY BOLEH JAWAP...MEMALUKAN JER LAH...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP