FAKTA: RAFIZI MEMBANDINGKAN MALAYSIA DAN FINLAND TANPA HUJAH SEBENAR

>> 23 May 2012


Dalam debat malam tadi, Rafizi menyatakan seandainya Sweden dan Finland mampu memberikan pendidikan percuma, mengapa Malaysia tidak mampu? Dalam pada itu semestinya kita sentiasa terfikir betapa indahnya janji Pakatan Rakyat sekiranya pendidikan percuma menjadi realiti.

Tetapi hujah Rafizi tidak disertakan dengan fakta yang kuat sebaliknya hanya berlandaskan kepada separuh sahaja fakta yang benar. Pendidikan di Finland dan Sweden sebenarnya tidakleh percuma kerana ianya telah dimasukkan sekali ke dalam cukai yang dibayar oleh setiap rakyat Sweden dan Finland.

Ini adalah fakta yang sama sekali tidak disebut Rafizi.


Bandingkan sendiri angka-angka ini. Cukai pendapatan di Malaysia hanya separuh sahaja dari jumlah cukai pendapatan di Sweden dan Finland. Malah dalam satu perbandingan lagi, Greece juga menawarkan pendidikan percuma malah cukai yang dikenakan Greece juga lebih tinggi dari Malaysia. Walaupun begitu, Greece akhirnya muflis kerana beban hutang yang terlalu banyak. Salah satu beban hutangnya ialah pendidikan percuma!
Untuk membaca mengenai pendidikan percuma di Greece, sila KLIK.

Malah belum ada lagi negara di dunia ini yang memberikan pendidikan percuma dengan hanya menawarkan cukai pendapatan yang rendah untuk rakyat mereka. Sekiranya Malaysia menaikkan cukai rakyat sekalipun, belum tentu lagi pendidikan percuma mampu direalisasikan berdasarkan kepada faktor subsidi rakyat dan pendapatan negara.

Jadi Rafizi membandingkan sesuatu yang tidak relevan dan hanya memutar belit fakta.

1 comments:

Anonymous,  May 23, 2012 at 8:52 AM  

Bak kata KJ dia membandingkan apple dengan rambutan (atau pun durian dengan strawberry) keh keh keh keh....memang si Rafizi Lembu merapu habih. Banyak Auta dari Fakta.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP