PAS RAJA TOKONG BINA MASJID PULA BILA DEKAT PRU

>> 16 May 2012


PAS semakin giat membina masji dan surau apabila tarikh PRU semakin dekat. Ini berbeza dengan pendekatan PAS yang gemar membina dan memperbesarkan tokong-tokong di Kelantan sebelum ini. Sehinggakan Negeri Kelantan yang digelar PAS sebagai serambi Makkah tidak padan dengan gelaran itu kerana hanya disulami tokong-tokong dan berhala-berhala besar walaupun kerajaan pemerintah Kelantan mendakwa merekalah pemerintah "paling Islam" di dunia ini.


Dalam pada itu sejak beberapa hari ini PAS tidak habis-habis masuk bakul angkat sendiri dengan kisah kejayaan membina sebuah surau di Pulau Shanghai, Sabah. Kini berdasarkan kepada kata-kata Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS mahu membina sebuah lagi masjid di kawasan pedalaman di Sabah.

Mungkin kisah ini berita gembira tetapi...

Pembinaan masjid dan surau PAS ini hanyalah sekadar retorik kempen PRU mereka. Jika mereka benar-benar ikhlas mahu membina rumah ibadat umat Islam, PAS sudah pun melaksanakannya di Kelantan. Ini kerana selama tempoh 20 tahun PAS memerintah Kelantan, PAS hanya mampu membina sebuah masjid!

Tambahan pula rakyat Kelantan sendiri majoritinya beragama Islam berbanding di Sabah di mana jumlah penganut agama Islam hanya sebilangan sahaja jika dibandingkan dengan Kelantan. Tambahan pula cita-cita PAS sebelum ini mahu membina Masjid Tok Guru di Kelantan pun masih tidak mampu diselesaikan walaupun tempoh pembinaan sudah masuk 4 tahun.

Inilah keadaan Masjid Tok Guru di Kelantan
Apa gunanya PAS menyusukan kera di hutan sedangkan anak di rumah mati tak makan? Retorik perjuangan PAS yang konon-kononnya berlandaskan kepada al-Quran dan hadis hanyalah bermusim dan tidak sama sekali benar-benar ikhlas dan istiqamah. Apabila sudah dekat PRU mereka akan berbicara tentang memajukan umat Islam tetapi di musim lain mereka akan berbicara mengenai keburukan orang lain dan menjual kalam-kalam ALLAH dengan harga yang murah.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP