APABILA MAHFUZ BEAN MENGAKU PANDAI...

>> 23 May 2012


Isu skandal PKFZ melibatkan Tan Sri Chan Kong Choy mantan Menteri Pengangkutan dikritik hebat oleh Mahfuz Bean. Mahfuz menyifatkan bahawa penagguhan kes itu bersimbolik politik. Malah tujuan pengangguhan itu kerana mungkin pendedahan kes yang lebih besar dakwa Mahfuz.


Dalam satu kenyataan, Mahfuz mendakwa sebenarnya Tun Abdullah sebenarnya adalah kambing hitam Tun Mahathir kerana masalah skandal ini terletak di tangan Tun M.

Perbincangannya, mengapa si Mahfuz ini tidak menawarkan diri menjadi saksi perbicaraan kes tersebut sekiranya dia tahu segala maklumat penting? Dari analisis Mahfuz ini menunjukkan sebenarnya Mahfuz tidak faham dengan masalah yang berlaku semasa perbicaraan kes.

Penangguhan terpaksa dilakukan kerana pihak pendakwaraya masih belum bersedia untuk perbicaraan. Malah dalam banyak keadaan, perkara ini merupakan masalah teknikal yang biasa.

Persediaan ini bukanlah secara menyeluruh tetapi dalam kes PKFZ ini, pihak pendakwaraya memerlukan masa berhubung representasi pihak pembelaan. Jadi selepas ini kes ini akan disambung semula tanpa sebarang masalah.

Sedangkan semasa perbicaraan Anwar dahulu pihak pembelaan boleh mengemukakan beratus-ratus rayuan dan berpuluh penangguhan, mengapa dalam perbicaraan PKFZ ini yang baru tiga penangguhan Mahfuz sudah melenting sehingga sanggup keluar teori sendiri?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP