KEBODOHAN DAP TOLAK PROGRAM YANG MEREKA CADANGKAN

>> 13 May 2012


Semalam Lim Guan Eng mengistiharkan penolakan penuh ke atas panel siasatan ke atas BERSIH 3.0 dengan alasan ianya diketuai oleh Tun Hanif Omar. Penolakan panel siasatan itu menjelaskan betapa bodohnya DAP kerana mereka antara pencadang kepada panel tersebut.

Sebelum ini pun pembangkang sibuk melobi wakil mereka dari Majlis Peguam dan Suhakam untuk mengetuai panel tersebut. Itu perkara yang tidak mungkin terjadi kerana terang-teranganMajlis Peguam dan Suhakam sendiri menyertai BERSIH 3.0. Jadi sama sekali mereka tidak layak dalam mengeluarkan laporan yang tidak berat sebelah.

Sebenarnya DAP tidak layak pun untuk bersuara dalam hal ini kerana masalah ini tercetus di antara penganjur BERSIH 3.0 dan PDRM. Campurtangan ini mengesahkan lagi bahawa BERSIH 3.0 hanyalah perancangan politik pembangkang. Ini kerana penganjur BERSIH 3.0 sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan lagi sebaliknya hanya DAP terkinja-kinja.

Ini bukanlah perkara pertama yang dilakukan pembangkang dalam menolak perkara yang mereka cadangkan. Sebelum ini pun Jawatankuasa Khas Lynas juga ditolak oleh pembangkang dalam Dewan Rakyat. Ini menunjukkan betapa mereka bukanlah benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan sesuatu sebaliknya hanya sekadar main tarik tali. Apabila mereka merasakan mereka kalah, mereka akan lepaskan.

Jadi di masa lain, diharap pembangkang jangan jadi bangang dengan mencadangkan sesuatu yang pasti akan ditolak oleh mereka sendiri kerana hanya membuang masa!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP