PERKASA GESA TARIK PINGAT DIRAJA NIZAR

>> 31 May 2012



KUALA LUMPUR 30 Mei - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pro Melayu PERKASA mendesak Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana membuat pertuduhan yang tidak berasas berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran Kenderaan Baginda tersebut.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan Nizar disifatkan sebagai biadap kerana membuat kenyataan secara terbuka menerusi laman sosial Twitter miliknya itu.

Lantaran itu, Ibrahim Ali turut menggesa Sultan Perak menarik semula pingat kebesaran yang telah diberikan kepada Nizar sewaktu memegang kuasa selaku Menteri Besar Negeri tersebut kerana tidak mempamerkan seorang Pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat Melayu khasnya.

"Saya nak Nizar supaya mohon maaf bagi menarik balik secara terbuka pada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor kerana buat tuduhan melulu dan tak berasas. Saya mohon kepada Sultan Perak supaya tarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerah pada Nizar.

"Bukan sahaja mohon ampun tetapi pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan sewajarnya kerana dia cuba nak merosakkan institusi raja," katanya pada sidang media selepas mesyuarat bulanan pertubuhan itu, petang tadi.

Turut hadir beberapa Pimpinan PERKASA termasuklah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin.

Sambil beranggapan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu 'tidak sihat', Ibrahim Ali juga menggesa agar segera merawat penyakitnya itu gara-gara tindakan melulu membuat pertuduhan yang merosakkan imej Institusi Raja secara keseluruhan.

"Dia tak berapa sihat. Minta dia pergi berubat ke. Sebelum ini, dia ada tuduh perdana menteri jumpa angkatan tentera," kata Ibrahim sambil ketawa.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengulas kenyataan Nizar berhubung bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 yang memenangi bidaan terseut dengan nilai RM520,000.

Nizar Jamaluddin yang mengakui kesilapannya mengeluarkan kenyataan secara tidak profesional itu hari ini memohon maaf atas tulisannya di Twitter itu. - klpos

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP