SYABAS JADI KAMBING HITAM MASALAH AIR DI SELANGOR

>> 19 July 2012



Tindakan Khalid Gagap melantik panel pemerhati kepada Syabas menujukkan betapa Kerajaan Negeri Selangor cuba menyalahkan Syabas ke atas permasalahan air Selangor. Dalam pada itu semua pihak juga tahu masalah air Selangor timbul apabila Khalid Gagap selaku MB Selangor gagal membuat keputusan yang tepat dalam masalah ini.

Masalah air di Selangor berpunca daripada penagguhan pembinaan Loji Air Langat 2 oleh Khalid Gagap sendiri. Sedangkan keputusan pembinaan Loji Air Langat ini telah pun dipersetujui. Tetapi dalam masa penagguhan yang dilakukan Khalid Gagap ini jangan dilupakan bahawa kos pembinaan semakin hari semakin meningkat dan pastinya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan tidak mencukupi. Jadi salah siapakah dalam hal ini? Syabas atau Khalid Gagap?

Dalam masa yang sama juga, Exco kaki tidur Kerajaan Negeri Selangor Dr Xavier Jayakumar mempertikaikan Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Berkaitan Masalah Air Selangor oleh kerajaan persekutuan. Alasan yang diberikan tidak munasabah iaitu Noh Omar sebagai panel jawatankuasa tersebut penyokong kepada pembinaan Loji Air Langat. Bukankah alasan ini tidak masuk akal?

Selagi Khalid Gagap tidak bertindak, selagi itu rakyat Selangor terpaksa menderita kerana ketidakcekapan rejim Khalid Gagap menguruskan permasalah air Selangor. Paling mengecewakan apabila Khalid Gagap lebih gemar menuding jari kepada orang lain tanpa mahu meyelesaikan permasalahan tersebut.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP