BLOGGER PR DAPAT JADI CALON PRU 13?

>> 12 July 2012


Rasa ketidakpuasan hati seorang ahli PR (parti tidak akan disebut) disuarakan sebentar tadi. Ini berkenaan kemungkinan PR akan meletakkan calon seorang blogger dari PR di satu kerusi DUN di Negeri Sembilan. Menurut sahabat tersebut, rasa tidak puas hati itu timbul kerana blogger tersebut hanya memegang jawatan kecil di dalam parti. Malah meletakkan blogger tersebut sebagai calon juga mencantas peluang ahli-ahli jawatankuasa parti yang lebih senior yang berjuang sudah lama untuk parti tersebut.

Permasalahannya berita ini hanyalah khabar angin. Saya tidak mampu membuat apa-apa sepkulasi terhadap berita ini sehingga benar-benar disahkan. Tetapi sekiranya benar, memang benarlah bahawa PR sememangnya parti yang suka tangkap muat sahaja. Harapan PR untuk memenangi Negeri Sembilan juga semakin tipis ekoran dari rasa tidak puas hati ahli parti sendiri yang semakin tinggi.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP