KEMPEN MURAHAN MAK LAMPIR DITOLAK PENYOKONG PR SENDIRI

>> 26 July 2012



Wanita PKR yang diketuai Mak Lampir melancarkan kempen "tolak Najib" sebagai pemangku Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kempen murahan ini bolehlah dikatakan tidak berjaya apabila ahli PR sendiri menolak corak kempen bodoh dan tidak ada hala tuju seperti ini.


Rakyat Malaysia sendiri tahu amat faham bahawa PM hanya menjadi pemangku Kementerian Wanita untuk tempoh sekejap sahaja sehingga sampai ke proses pembubaran kabinet nanti. Dalam pada itu seperti diketahui PRU dan pembubaran kabinet boleh dilakukan pada bila-bila masa. Jadi untuk tempoh yang sedetik ini, berbaloikah membelanjakan peruntukan untuk melantik menteri yang baru?

Dalam satu keadaan juga tidak pernah dinyatakan dalam mana-mana perlembagaan menuntut agar seorang pemangku Kementerian Wanita sebagai seorang perempuan. Malah kepimpinan wanita dalam kerajaan sedia ada juga boleh menerima keadaan ini dan sangat faham bahawa perkara ini dilakukan untuk menyenangkan tugas kementerian dan JPM yang sudah sedia rumit. Jadi tak perlulah Mak Lampir terpekik-pekik mengenai isu murahan dan bodoh ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP