PERHIMPUNAN OREN: MEMALUKAN KERANA TIDAK MENCAPAI SASARAN

>> 14 July 2012


Himpunan Oren yang sedang berlangsung sekarang ini bolehlah dicatatkan sebagai satu lagi bentuk demo PAS yang gagal. Malah tidak setakat itun ianya turut disertai dengan beberapa perkara yang memalukan.

Pertamanya di dalam poster dan hebahan media, Mazlan Aliman dan beberapa pemimpin PAS bersungguh-sungguh mewar-warkan kehadiran Pak Lah dan Ku Li tanda sokongan kepada Himpunan Oren. Tetapi buat masa ini batang hidung pun tak nampak. Bukankah ini amat memalukan?

Kedua, PAS telah mengeluarkan arahan dengan mengerah seluruh ahli PAS untuk menyertai perhimpunan tersebut. Tetapi paling menghairankan penganjur hanya menyasarkan jumlah hadirin sekitar 20 ribu orang. Jika kesemua ahli PAS dikerahkan hadir pastinya jumlah sasaran lebih daripada 20 ribu. Nampaknya penganjur Perhimpunan Oren mempunyai masalah kira-kira matematik kerana seperti didakwa Haprakah jumlah ahli PAS hampir setengah juta. Setengah juta dan 20 ribu amat jauh bezanya. Bukankah ini amat memalukan?


Ketiga, sasaran penganjur menyasarkan jumlah hadirin sekitar 20 ribu orang tidak tercapai. Malah seperti didakwa Ahmad Maslan, jumlah hadirin ketika ini hanya seribu orang. Jumlah ini menunjukkan ianya sama sekali tidak mencecah suku daripada jumlah sasaran. Malah banyak NGO juga seperti tidak berminat untuk menyertai seperti mana-mana perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Dengan jumlah hadirin seramai ini, Perhimpunan Oren bolehlah diklasifikasikan sebagai demo yang gagal. Bukankah ini amat memalukan?


Jadi dimanakah penganjur pehimpunan ini iaitu Mazlan Aliman mahu meletakkan muka di atas segala perkara memalukan ini. PAS juga pastinya parti yang paling banyak menerima kritikan kerana kegagalan ini. Sudah terang dan jelas bahawa majoriti rakyat Malaysia khususnya peneroka menolak agenda membantah penyenaraian FGVH ke dalam bursa saham Malaysia. Jadi seharusnya Mazlan Aliman menghentikan perjuangan penipuannya kerana terbukti tidak berjaya menipu rakyat.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP