DR RANI PENGECUT. LEWAT DATANG BERDEBAT DENGAN HASAN ALI

>> 13 July 2012



Hari Rabu yang lalu menyaksikan karektor sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor. Saban malam beliau berceramah menyatakan itu dan ini tentang Hasan Ali, belum lagi “cerita-cerita tentang Hasan Ali” yang disampaikannya sebelum ini, sehingga membawa kepada beberapa siri lafaz taat setia sebelum menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor menggantikan Hasan Ali yang dipecat.

Debat perdana, yang dianjurkan oleh Gerakan Masyarakat Prihatin menyaksikan betapa Hasan Ali bersedia untuk menjawab “cakap-cakap belakang” mengenai dirinya. Lebih ikhlas, Hasan Ali sendiri turun ke “lubuk” Pesuruhjaya PAS Selangor, iaitu DUN Meru.

Ibarat si jantan yang berkokok, lebih jantan berkokok di gelangggang lawan. Lebih berbisa, lokasi debat itu tidak sampai 200 meter dari rumah Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr. Abd Rani Osman!

Malangnya, si empunya gelanggang tidak muncul-muncul sehingga jam 10, yang menyaksikan segmen debat digantikan sessi soal jawab oleh rakyat yang mahu berfikir, dan tidak membiarkan diri mereka jumud serta diperbodohkan oleh kenyataan-kenyataan bacul ibarat “lempar batu sembunyi tangan” dari pihak-pihak yang menentang Hasan Ali.

Penulis yang berkesempatan hadir, percaya, banyak keraguan di kalangan rakyat mengenai tuduhan yang dilemparkan telah dijawab oleh Hasan Ali.

Mengikut maklumat yang diperolehi, jentera PAS Meru sebelum hari berlangsungnya program berkenaan, menafikan kewujudan debat perdana itu, dengan menyebarkan maklumat bahawa YB Meru tidak tahu langsung tentang cabaran debat yang dianjurkan.

Samada mereka cuba berbohong, atau tidak diberikan maklumat tepat oleh PAS Meru, penulis tidak pasti. Tetapi, surat rasmi yang menjemput Pesuruhjaya PAS Selangor itu telah dihantar ke Pusat Khidmat Masyarakatnya dan diterima pada 29 Jun 2012. Terdapat perakuan penerimaan surat berkenaan dari pejabat ADUN Meru itu.

Bagaimana pula jentera mereka, termasuklah Pengerusi-Pengerusi JKKK di DUN Meru berkata bahawa YB Meru tidak tahu tentang debat ini?

Maka, sudah jelas lagi bersuluh, bahawa terdapat keraguan seperti yang penulis nyatakan, samada mereka berbohong, atau tidak diberitahu fakta sebenar. Itu belum diambil kira dari siri kehilangan kain rentang-kain rentang program yang penulis sifatkan sebagai usaha bagi mengelakkan masyarakat tahu akan berlangsungnya program ini.

Apa yang berlaku menyaksikan sikap juak-juak PAS, yang lebih suka mendengar dari pihak mereka sahaja, tanpa mahu mendengar dari kedua-dua pihak. Lebih dari itu, pemimpin mereka lebih suka membuat kenyataan terhadap Hasan Ali “secara main belakang”, dan tidak berani berhadapan dengan mantan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Ahli dan penyokong PAS Selangor, khususnya di Meru, perlu muhasabah diri. Kualiti di antara mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, dibandingkan dengan Pesuruhjaya PAS masakini, sudah terserlah.

Siapa berani, siapa penakut?


0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP