PAS NS CIPLAK KEMPEN BN

>> 09 July 2012


PAS NS dilihat cuba keluar dari kepompong politik tradisional bawaan mereka iaitu maki hamun dan kutuk-mengutuk dalam ceramah. Kerana itu mereka menganjurkan pelbagai kempen bentuk baru seperti karnival dan pertemuan secara terus pemimpin dan rakyat.

Tetapi secara tidak sedar, PAS NS sebenarnya menciplak bulat-bulat idea kempen BN yang pernah didakwa Mahfuz Bean sebagai primitif. Jika primitif kenapa PAS NS ciplak idea-idea kempen ini?

Dalam satu lagi bentuk kempen terbaru, PAS NS mengajak rakyat menyertai konvoi bermotor dari Seremban ke Johol pada minggu depan. Sebelum ini pun PAS NS pernah mengadakan konvoi yang hampir serupa yang diketuai Chegu Bard yang tidak mendapat sambutan.

Untuk pengetahuan idea konvoi bermotor ini juga sebenarnya diciplak dari kempen BN. Kempen seumpama ini telah pun diadakan BN sejak tahun 90an lagi.

Seperti dikatakan tadi, jika idea kempen BN ketinggalan zaman dan primitif seperti didakwa Mahfuz Bean, kenapa PAS terhegeh-hegeh untuk ciplak?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP