PAS BACUL DAN PENAKUT TERKENCING DALAM SELUAR LAGI

>> 31 July 2012


Beberapa hari lepas Nik Aziz menekankan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud tanpa mengambil kira pandangan DAP. Tetapi hari ini berbeza pula apabila terdapat pemimpin PAS menyatakan bahawa PAS akan tetap dengan pendirian negara berkebajikan dan bukannya negara Islam.

Ini pula kenyataan terbaru dari Lim Guan Eng,
Saya ingin mengulangi sekali lagi pendirian DAP yang tidak menyokong perlaksanaan negara Islam di Malaysia dan perlaksanaan undang-undang hudud oleh PAS.

Pendirian DAP ini konsisten dan tidak pernah goyah. Namun begitu, DAP dan PAS sama-sama berkongsi pendirian untuk memerangi rasuah dan penyalah gunaan kuasa serta perlaksanaan integriti dalam kepimpinan yang berteraskan prinsip cekap, akauntabel dan telus. Kita bersetuju dalam negara berkebajikan yang melindungi rakyat yang miskin, fakir, sakit dan sesiapa yang memerlukan bantuan.
Kata-kata ini menunjukkan bahawa hanya PAS sahaja yang gemar bercakap putar belit dan pusing sana sini. Hari ini hudud besok sudah tukar jadi negara kebajikan.

Jadi, slogan yang dicadangkan kepada PAS untuk PRU akan datang ialah,

PAS, dulu, kini dan selamanya bacul!

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP