APA ADA DENGAN IKHWAN MUSLIMIN YANG DIBANGGAKAN PAS?

>> 21 July 2012


Setiap kali Ikhwan Muslimin Mesir mencapai kemenangan atau kejayaan, PAS tidak ketinggalan sama bersorak seolah-olah mereka turut menikmati kejayaan tersebut. PAS selalu bercerita dan mengagungkan Ikhwan Muslimin di dalam banyak artikel. Malah ada juga pemimpin-pemimpin PAS tanpa segan silu menyamakan Ikhwan Muslimin dengan PAS tetapi realitinya ibarat langit dengan bumi.

Apa yang dibanggakan dengan Ikhwan Muslimin? Apa yang ada dengan Ikhwan Muslimin sehinggakan puak-PAS kagum dan memuji menggunung?

PAS hanya melihat kejayaan Ikhwan Muslimin sebagai pemerintah di Mesir sahaja. Melalui itu PAS menilai bahawa Ikhwan Muslimin sebagai role model yang sempurna. Tetapi pernahkah PAS tertanya-tanya mengenai kegagalan Ikhwan Muslimin selama lebih 100 tahun pula? Adakah kegagalan ini tidak termasuk dalam pertimbangan PAS?

Untuk pengetahuan Ikhwan Muslimin sama sekali gagal mentadbir pusat tabligh terbesar di dunia iaitu di Nizzamudin, India. Selama lebih separuh abad, suasana di Nizzamudin benar-benar seperti tempat pembuangan sampah.

Untuk pengetahuan, kebanyakan taikun-taikun, pemimpin-pemimpin dan pemilik perniagaan di Nizzamudin terdiri dari ahli Ikhwan Muslimin. Anda dapat lihat bagaimana logo Ikhwan Muslimin terpampang di premis-premis milik mereka.

Cuba anda bayangkan apabila tempat yang dikatakan pusat tabligh Islam terbesar di dunia tetapi suasana tidak menggambarkan nama tersebut. Anda dapat melihat ramai peminta sedekah, anjing berkeliaran dan tidur di pintu masuk masjid, orang kencing di merata-rata tempat dan bau busuk, hanyir dan hancing di semua tempat. Jadi inikah yang dikatakan kejayaan Ikhwan Muslimin dalam mentadbir sebuah tempat?

Paling tidak boleh dilupakan apabila akan ada joki-joki yang menunggu di hadapan pintu masjid meminta wang sekiranya anda mahu menunaikan solat. Apakah ini juga boleh digambarkan sebagai kejayaan Ikhwan Muslimin?

Sepatutnya Ikhwan Muslimin mampu mentadbir kawasan berkenaan dengan baik kerana Ikhwan Muslimin mendapat dana dari seluruh dunia tetapi kemanakah perginya aliran wang tersebut selama lebih 50 tahun?

Itu belum lagi dikira mengenai suasana Masjid Jama di Delhi, India. Masjid tersebut merupakan tempat tumpuan pelancong kerana ia merupakan antara masjid terbesar di Asia tetapi suasananya juga menyedihkan. Untuk pengetahuan ahli jawatankuasa Masjid Jama juga terdiri dari ahli Ikhwan Muslimin kerana saya pernah bertanya kepada salah seorang dari ahli jawatankuasa masjid tersebut. Malah ahli jwatankuasa masjid tersebut menyatakan bahawa separuh daripada ahli jawatankuasa adalah ahli Ikhwan Muslimin.

Cuba anda bayangkan suasana di Masjid Jama apabila najis burung berselerakan di ruang solat di dalam masjid. Tempat mengambil wudhu' juga amat menyedihkan. Saiz kolam wudu' adalah sekitar 15 kaki kali 15 kaki. Anda dapat lihat sendiri air wudhu' dari kolam berkenaan bewarna hijau kehitaman. Malah anda juga dapat melihat burung berak dan mandi di kolam yang sama dengan anda berwudhu'.

Pastinya terdetik di hati kita mengapa pihak pentadbiran masjid yang terdiri dari Ikhwan Muslimin sama sekali gagal dalam menjaga kebajikan kawasan masjid berkenaan. Bukankah dengan membiarkan perkara ini terus terjadi dikatakan kezaliman sesama Muslim?

Jadi masihkah PAS mahu berbangga dengan Ikhwan Muslimin yang sebenarnya hanya beretorik mengenai kejayaan mereka memerintah Mesir walhal mereka hanya memerintah tidak sampai tempoh sebulan? Bukankah perkara ini mengenai kegagalan Ikhwan Muslimin menjaga kebajikan sesama Islam ini serupa dengan kegagalan PAS Kelantan yang turut gagal menjaga kebajikan sesama mukmin? Adakah kegagalan ini sama sekali tidak dipandang PAS?

2 comments:

Anonymous,  July 24, 2012 at 7:49 AM  

Apa punya jahil daa.Ikhwan dengan tabligh pun tak tahu beza. Sah, tulis ikut nafsu

Tauke Ikan July 24, 2012 at 2:03 PM  

anon kat atas mungkin salah faham. ini perbincangan tempat pusat tabligh yang diuruskan sebahagian besar ahli ikhwan muslimin, bukannya apa beza tabligh dan ikhwan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP