ADAKAH TUNTUTAN HINDRAF AKAN DILAYAN OLEH KERAJAAN UK?

>> 07 July 2012


Pada Isnin lalu Hindraf telah mengemukakan tuntutan untuk mengheret Kerajaan UK/British ke mahkamah atas pelbagai masalah kaum India di negara ini. Dalam erti kata sebenar, Hindraf menyalahkan kerajaan British membawa masuk buruh-buruh India pada zaman sebelum merdeka untuk bekerja di ladang-ladang British. Ini kerana Hindraf berpendapat dengan penghijrahan itu mencetuskan masalah kemiskinan hidup kaum India di negara ini kerana hidup menumpang di negara lain.

Secara realitinya, angan-angan Mat Jenin puak pengacau Hindraf ini hanya cerita sahaja lebih, isinya kosong. Sebelum ini pun Hindraf pernah melakukan perkara yang sama untuk mengheret Kerajaan UK/British di atas tuntutan yang sama tetapi langsung tidak dilayan. Jadi tuntutan kali kedua Hindraf ini hanya sia-sia sahaja kerana pastinya tidak akan dilayan juga.

Saya percaya ramai puak-puak pengacau Hindraf ini tidak pernah ke negara asal mereka iaitu India. Saya pernah ke India pada bulan Mac lepas untuk melancong. Suasana di India amat berbeza dan terlalu ekstim untuk masyarakat India Malaysia untuk hidup di sana.

Jurang kemiskinan terlalu tinggi. Jumlah pekerjaan terlalu terhad dan jenayah juga tinggi. Malah tahap kebersihan amat menyedihkan. Malah di tempat bersejarah mereka seperti Agra Fort dan Red Fort, anda boleh melihat masyarakat India kencing di dinding kubu berkenaan tanpa rasa bersalah. Inilah suasana bandar di India seperti di Delhi dan Agra.

Jika di pedalaman pula seperti di Assam dan Bangalore, suasana lebih dua atau tiga kali lebih teruk. Bekalan eletrik sering terputus. Malah bekalan air bersih dan ubat-ubatan terlalu sukar didapati. Jadi, adakah suasana ini yang diidam-idamkan oleh puak-puak pengacau Hindraf?

Jika dibandingkan dengan pencapaian ahli-ahli Hindraf sekarang ini, mereka pastinya lebih baik dari masyarakat di India. Kebanyakan mereka adalaha golongan profesional dan mempunyai pekerjaan yang baik. Sekiranya nenek moyang mereka tidak berhijrah ke Tanah Melayu pada 100 tahun yang lepas, adakah puak-puak Hindraf ini mampu mengecapi kemewahan yang dirasai mereka di Malaysia ketika ini di India? Jawapannya anda boleh fikirkan sendiri.

Jadi puak-puak Hindraf ini sila gunakan akal sebelum bertindak. Tindakan puak-puak Hindraf untuk menyaman Kerajaan UK/British pastinya akan menimbulkan ketegangan dan konflik hubungan diplomatik antarabangsa di antara Malaysia dan UK. Ada baiknya Kerajaan Malaysia campurtangan sebelum keadaan bertambah parah.

Nota: Maaf kerana blog lama tidak dikemaskini kerana saya baru balik dari Vietnam

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP