DAP DAPAT LEBIH BANYAK KERUSI DARI PAS?

>> 07 July 2012


PAS benar-benar membuktikan bahawa mereka sememangnya parti suruhan PKR dan DAP dalam satu bumbung yang konon-kononnya dikongsi bersama. Dalam satu kenyataan dari seorang sahabat sebelah sana, sahabat tersebut menceritakan bahawa kemungkinan DAP akan bertanding lebih kerusi Parlimen dari PAS pada PRU akan datang.

Untuk makluman PAS semamangnya akan bertanding 60 kerusi Parlimen dari jumlah hampir 230 kerusi. Dalam pada itu kata-kata sudah semakin luas bahawa PKR akan bertanding paling banyak kerusi meskipun PKR merupakan parti paling "sarkas" atau "sayur" dalam Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu dengan khabar angin ini menunjukkan bahawa rekod PRU 12 lepas tidak memberikan apa-apa makna kepada sahabat-sahabat PAS iaitu PKR dan DAP. Sungguhpun PAS memenangi kerusi paling banyak pada PRU 12 untuk Pakatan Rakyat, tetapi jasa mereka seolah-olah dilupakan sahaja demi kepentingan politik Anwar untuk menjadi PM. Kerana itu kerusi bukan Melayu yang dipelopori DAP lebih banyak dari kerusi PAS.

Malah dalam pada itu PAS masih bermain dengan menegakkan hudud sedangkan secara realitinya mereka hanya bertanding 60 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai separuh dari jumlah keseluruhan kerusi Parlimen yang dipertandingkan. DAP dan PKR sudah menyatakan pendirian tidak menyokong hudud. Jadi melalui cara bagaimanakah PAS hendak menegakkan hudud sedangkan suara mereka yang paling kerdil?

Sekiranya keadaan ini benar-benar berlaku jadi sememangnya jelas bahawa PAS sedang dihina secara terang-terangan oleh sahabat mereka iaitu DAP dan PKR.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP