PAS MENGABAIKAN KELANTAN DEMI KUASA PKR DI SABAH

>> 09 July 2012


Sudah heboh dengan cerita PAS untuk membina masjid di Keningau, Sabah selepas kejayaan PAS membina masjid di Sandakan. Dalam sibuk PAS mencanangkan agenda politik versi bertopeng agama ini, PAS sebenarnya terlupa kepada banyak perkara yang dijanjikan kepada rakyat Kelantan.

Dalam tempoh 20 tahun ini, Kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina 2 buah masjid yang diketahui di Kelantan. Dalam tempoh itu juga, segala janji untuk menjadikan Kelantan sebagai Serambi Mekah hanya tinggal harapan. Ini berdasarkan kepada faktor tokong Buddha yang lebih banyak dibina dari masjid sepanjang tempoh penguasaan PAS di Kelantan.

Dalam pada itu jangan dilupa bahawa rakyat Kelantan sendiri majoritinya beragama Islam dan merupakan antara negeri terbanyak di Malaysia yang mempunyai penganut agama Islam. Tetapi sayangnya kebajikan umat Islam di Kelantan terabai malah lebih teruk dari rejim Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Dari sini dapat dilihat apa bagaimana corak politik PAS yang tidak mampu menjaga kawasan sendiri sebaliknya heboh menjaga kawasan orang lain. Malah seperti diketahui PKR pastinya akan meletakkan calon terbanyak di Sabah berbanding DAP dan PAS. Jadi kebajikan ini seperti yang diketahui hanyalah menguntungkan PKR sedangkan kebajikan asas di Kelantan masih diabaikan.

Dan untuk pengetahuan juga, khabar cita-cita PAS untuk membina masjid di Keningau bukanlah perkara baru. Buat masa ini sahaja sudah dua kali saya mendengar perkara ini dalam tempoh 6 bulan dari orang PAS sendiri. Jadi sekiranya PAS benar-benar ingin bina masjid di Keningau, pastinya PAS sudah mula melakukan  kerja-kerja asas seperti dana dan tenaga kerja dan bukannya sekadar bersembang besar di akhbar Haprakah.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP