KERAJAAN PULAU PINANG MASIH MENIPU MENGENAI RUMAH KOS RENDAH

>> 18 July 2012


Dalam Satu kenyataan media, Zairil Khir Johari @ machai Lim Guan Eng menyatakan bahawa Kerajaan Pulau Pinang berjaya membina hampir 4 000 buah rumah kos rendah sejak memegang tampuk pemerintahan sejak 2008. Malah Zairil menjelaskan lagi bahawa 18 000 buah rumah kos rendah sedang dalam perancangan pembinaan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

Mendengar perkara tersebut membuatkan ramai di antara kita ketawa dan terfikir benarkah apa yang dikatakan Zairil ini.

Realitinya, jumlah rumah kos rendah yang dibina Kerajaan Pulau Pinang langsung tidak mencecah angka tersebut. Jumlah sebenarnya hanyalah beberapa ratus sahaja dan selebihnya adalah rumah kos mewah.

Masih ingat peristiwa Kg. Buah Pala? Kerajaan negeri menjanjikan untuk membina rumah kos rendah dan akhirnya pada hari ini setelah projek pembinaan hampir selesai harga rumah termurah yang dibina di Kg. Buah Pala sekitar RM 400 000! Rumah kos rendahkah ini?

Dan mengapa Zairil ttidak langsung menyebut dalam kenyataan media dimanakah kawasan pembinaan rumah kos rendah tersebut? Mengapa kenyataan media Zairil hanya menyebut secara umum mengenai pembinaan rumah kos rendah?

Ini adalah penipuan!

Pernahkah kita terfikir seandainya benar kata-kata Zairil ini, mengapa pula rakyat Pulau Pinang yang berpendapatan rendah terpaksa membeli rumah di sekitar Sungai Petani dan Kulim?

Inikah yang dikatakan rumah kos rendah dengan harga hampir setengah juta?

1 comments:

Anonymous,  July 18, 2012 at 6:40 PM  

Maksud dia rumah yang rendah bukan rumah yang tinggi...

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP