CHEGU BARD DAPAT BERTANDING ATAS EHSAN MANSOR OTHMAN

>> 10 April 2013


Akhirnya Chegu Bard diberikan kerusi untuk bertanding selepas ditendang ke sana sini oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Chegu Bard telah melepaskan kerusi Parlimen Rembau untuk menentang Khairy Jamaludin dengan harapan diberikan kerusi Parlimen di Pulau Pinang. Nasib nampak tidak menyebelahi Chegu Bard apabila Anwar dan Lim Guan Eng tidak memberikan lampu hijau untuk Chegu Bard bertanding di Parlimen Nibong Tebal.

Kemudiannya Chegu Bard sendiri mengumumkan bahawa dirinya tidak akan bertanding di mana-mana kerusi dan hanya akan bergerak sebagai jentera parti pada PRU 13 nanti.

Atas ehsan Mansor Othman, akhirnya Chegu Bard diberikan kawasan untuk bertanding di DUN Sungai Acheh. Ini hanyalah untuk menjaga hati Chegu Bard sebagai jentera PKR kerana tiada jaminan untuk Chegu Bard menang bertanding di kawasan tersebut yang sememangnya kubu kuat Barisan Nasional.

Keadaan Chuge Bard yang tidak menentu ini disebabkan oleh percaturan politiknya sendiri yang dilihat gagal membuahkan hasil. Akhirnya Chegu Bard terpaksa mengharapkan ehsan orang lain untuk meneruskan perjalanan politiknya.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP