DULU HAJI HADI KATA BERCAWAT, KINI SIBUK MERAYU UNDI?

>> 14 April 2013


Haji Hadi mengumumkan PAS akan bertanding 7 kerusi parlimen di Sarawak. Ini satu jumlah yang banyak kerana sebelum ini PAS hanya pernah bertanding satu kerusi di Sarawak pada PRU 2008 dan tiga DUN pada PRK yang lepas. Keputusannya menyaksikan PAS tewas di kesemua kerusi.

Sebelum ini Haji Hadi seolah-olah berputus-asa dengan kegagalan PAS meraih kerusi di Sarawak hinggakan Haji Hadi sanggup mengeluarkan kenyataan yang menyinggung hati warga Sarawak.

Berbeza pula kali ini apabila PAS mengumumkan akan bertanding lebih banyak kerusi demi meraih sokongan. Yang jelas PAS pastinya perlu merayu undi orang Sarawak untuk menang kerana penghinaan yang pernah dikeluarkan Haji Hadi terlalu sukar untuk dilupakan. Persoalannya, bersediakah orang Sarawak memaafkan Haji Hadi kerana keceluparannya itu?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP