CALON DAP DUN TERATAI TIDAK DAPAT MANDAT PENDUDUK

>> 20 April 2013


Pagi tadi Janice Lee menegaskan dalam blognya bahawa keputusannya untuk menjadi calon bebas adalah disebabkan oleh permintaan penduduk setempat yang mahukan Janice Lee kekal sebagai wakil rakyat di kerusi tersebut.

Petang ini pula ketika bercakap dengan pihak media, Janice Lee mengatakan tujuannya menjadi calon kerana calon DAP yang diberi mandat untuk bertanding di DUN Teratai hanyalah calon bidan terjun dan tidak mendapat sokongan dari akar umbi DAP Teratai. Janice Lee juga mengakui DAP mengamalkan kronisme yang menyebabkan dirinya ditendang dari menjadi calon.

Bantahan terhadap calon DAP oleh ahli DAP Teratai tidak didengari oleh pucuk pimpinan parti.

Dalam laman blog, Janice Lee menegaskan bahawa kemenangannnya nanti adalah untuk pucuk pimpinan Pakatan Rakyat Selangor. Tetapi pucuk pimpinan DAP menyatakan pandangan yang berbeza dengan bersedia memecat Janice Lee kerana ingkar kepada arahan parti.

Satu sumber mendedahkan Janice Lee ditolak dari menjadi calon DAP di DUN Teratai kerana Janice Lee penah dihadapkan ke lembaga disiplin parti atas kesalahan menyalahgunakan wang peruntukan sebanyak RM 30,000 semasa menjadi wakil rakyat. Malah Janice Lee mempunyai beberapa masalah bersama penduduk setempat yang tidak terbela kebajikan mereka sejak Janice Lee menjadi wakil rakyat.

Walau apa pun perkara ini amat menguntungkan Barisan Nasional kerana pecahan undi sudah tidak tertumpu kepada dua penjuru sahaja sebaliknya kepada beberapa penjuru pembangkang yang akan mengecilkan majoriti undi pembangkang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP