TANAH ADAT JADI TARUHAN POLITIK JIJIK PAS REMBAU

>> 07 April 2013


Penyelaras PAS DUN Kota menyatakan bahawa sekiranya Negeri Sembilan jatuh ke tangan pembangkang, mereka akan membangunkan tanah-tanah adat untuk dijadikan sebagai tapak perumahan untuk warga DUN Kota.

Perkara ini dilihat sebagai satu penipuan halus untuk merampas harta pusaka orang Melayu untuk diserahkan kepada kaum lain.

Untuk pengetahuan tanah adat sama sekali tidak boleh ditukar milik sesuka hati. Ianya hanya boleh dipegang oleh orang-orang tertentu yang dipilih mengikut adat seperti pemilikan tanah haruslah diberikan kepada perempuan, bukannya lelaki.

Tanah adat ini juga diwartakan sebagai tanah rizab Melayu dan sama sekali tidak boleh dipindahmilik kepada kaum lain. Seandainya tanah-tanah adat ini dikomersialkan untuk dijadikan taman perumahan, maka sudah hilanglah satu tanah kepunyaan orang Melayu untuk dikongsikan kepada bangsa lain.

Seperti sedia maklum, lebih 80% tanah di Rembau adalah kepunyaan orang Melayu. Jadi tidak perlu dikomersialkan tanah adat di Rembau kerana pemilikan tanah tersebut selari dengan pecahan penduduk berbangsa Melayu.

Tetapi perkara ini sengaja dibangkitkan PAS DUN Kota untuk mengikis harta-harta orang Melayu untuk diberikan kepada bangsa asing demi secebis undi. Jika sememangnya benar PAS DUN Kota benar-benar ikhlas dalam membina rumah untuk warga DUN Kota, sepatutnya cadangan yang lebih bernas dikemukakan adalah dengan menggunakan tanah pemilikan bebas yang sedia ada atau rizab kerajaan dan bukannya menggunakan tanah pusaka orang Melayu.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP