3 BILIK GERAKAN PKR AMPANGAN TUTUP

>> 25 April 2013


Sumber mendedahkan PKR Ampangan semakin tenat apabila 3 bilik gerakan PKR telah tutup. Salah satunya ialah bilik gerakan PKR Gedong Lalang yang sebelum ini merupakan antara bilik gerakan PKR yang paling aktif di Seremban.

Antara faktornya kerana jentera PKR sendiri menyokong Haji Abu yang menjadi calon Barisan Nasional untuk DUN Ampangan. Malah kebanyakan ahli PAS di Ampangan juga semakin beralih arah kepada Haji Abu kerana peribadi Haji Abu itu sendiri amat disenangi semua pihak.

Faktor lain juga menyebut akar umbi PKR terlalu sukar untuk menerima calon PKR iaitu Kamarul Baharin yang merupakan salah seorang calon bidan terjun.

PAS pula dilihat semakin sukar memberikan kerjasama untuk memenangkan calon PKR Ampangan kerana semakin hari semakin banyak bendera PAS versi hitam yang membawa maksud protes berkibaran di sekitar Ampangan. (KLIK)

Jika keadaan ini berterusan, insyaAllah, Barisan Nasional akan menang di Ampangan.

2 comments:

skodeng April 25, 2013 at 10:00 AM  

PKR memang hambar... buang masa kalau korang sokong pkr.. jom undi BN ! BN yang telah berjanji, yang telah menunaikan dan menzahirkan janji2nya...

Anonymous,  May 3, 2013 at 10:12 PM  

...cakap la apo nak cakap... INIKALI LAH

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP