MASALAH PERKAUMAN DAP LOBAK TERCETUS

>> 06 April 2013


DAP Lobak bergolak dalam pemilihan calon. Kali ini melibatkan isu perkauman. Ianya berhubung dengan dakwaan bahawa orang India dalam DAP menggesa kepada DAP Negeri Sembilan agar kerusi DUN Lobak diserahkan kepada calon berbangsa India dengan alasan sudah sekian lama calon untuk DUN tersebut dipegang oleh calon kaum Cina DAP.

Tetapi kaum Cina DAP Lobak menolak cadangan itu mentah-mentah dengan alasan sudah sekian lamanya kerusi tersebut dipertahankan oleh kaum cina DAP. Jadi mereka sama sekali tidak akan bertoleransi untuk memberikan kerusi DUN Lobak kepada kaum India.

Hakikatnya DAP Negeri Sembilan enggan untuk memberikan kerusi tersebut kepada mana-mana kaum selain cina. DAP Negeri Sembilan hanya akan menyerahkan kerusi yang tiada harapan menang kepada calon  Melayu dan India seperti yang berlaku di Chennah di mana kerusi tersebut akan dipertandingkan atas tiket calon Melayu DAP kerana ianya sememangnya kubu kuat MCA dan terlalu sukar untuk dibolos oleh mana-mana calon pembangkang.

Jadi sememangnya semua orang dapat melihat motif utama DAP bermain politik berbentuk perkauman, ianya demi keuntungan satu kaum sahaja.


1 comments:

Jokiden NS April 6, 2013 at 3:52 PM  

DEngar cerita dulu DUN Lobak ni nak di serahkan kepada calon DAP keturunan Melayu dan bakal menjadi MBNS. Siap ke nama calon tu..? Kol bersara ke siapa?? Mungkin tak jadi kot..

Jokiden selalu cakap tanpa memainkan isu perkauman, DAP tidak akan ke mana.

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP