150 AHLI DAN PENYOKONG PKR PADANG SERAI KELUAR PARTI

>> 13 April 2013


KULIM: Timbalan Ketua Cabang PKR Padang Serai Johari Teh bersama 150 anggota dan penyokongnya mengambil keputusan keluar daripada parti itu kerana kecewa dengan sikap pemimpin mereka.

Johari yang menyertai PKR sejak 2004 bersama-sama pengikut dan penyokongnya mengambil keputusan menyertai Umno dengan menubuhkan sebuah cawangan baharu iaitu Umno Cawangan Kampung Beka, Merbau Pulas dalam Bahagian Padang Serai.

Johari menyerahkan borang keahlian Umno kepada Timbalan Ketua UMNO BahagianPadang Serai Abdul Halim Hasan dalam satu majlis yang dihadiri lebih 300penduduk tempatan di Kampung Beka, Mukim Padang Meha, Merbau Pulas, dekat siniJumaat malam.

Majlis penyerahan borang keahlian didahulukan dengan satu majlis tahlil dan bacaan doa selamat yang diadakan penduduk disitu yang turut sama dihadiri beberapa anggota jawatankuasa Umno Bahagian Padang Serai dan beberapa Ketua Cawangan UMNO bersebelahan kampung itu.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Johari berkata masih ramai lagi anggotaPKR sekitar Parlimen Padang Serai iaitu Sungai Karangan, Kampung Padang danTaman Bunga Raya yang berhasrat untuk meninggalkan parti itu.

Katanya mereka akan membuka sebuah Bilik Gerakan membantu calon-calon BN yang bertanding di DUN Lunas DUN Merbau Pulas dan Parlimen Padang Serai pada PRU 13 ini.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP