TAKTIK TERDESAK PAKATAN

>> 09 April 2013


Penganalisis politik bebas telah meramalkan bahawa nasib parti-parti tertentu dalam Pakatan Rakyat benar-benar berada di hujung tanduk. Ini kerana terlalu banyak isu yang gagal ditangani terutamanya isu di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri seperti pemecatan beberapa tokoh poltitik mereka dan pendedahan oleh ahli mereka mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah teraju Pakatan Rakyat.

Dalam keadaan itu, pemimpin-pemimpin Pakatan semakin sedar betapa hajat ke Putrajaya semakin jauh. Malah kerusi-kerusi selamat telah bertukar menjadi tidak selamat kerana gelombang menolak Pakatan yang semakin kuat. Ini dapar dilihat berdasarkan kepada kehadiran orang awam di program-program yang dianjurkan Pakatan Rakyat. Kebanyakannya hambar dan terlalu jauh dari sasaran. Tetapi ada juga pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang terus menerus menipu diri sendiri dengan mengatakan sokongan terhadap mereka amat kuat meskipun ceramah mereka dihadiri hanya 30 orang.

Dalam keadaan itu mereka mula mengubah taktik berkempen dengan mengatakan kerajaan negeri di bawah teraju Barisan Nasional perlu ditukar ke bawah teraju Pakatan Rakyat dengan alasan sebagai tempoh percubaan untuk sepenggal. Jika tidak, tukarlah kembali ke bawah tampuk pemerintahan Barisan Nasional. Berilah mereka peluang untuk memerintah selama 4 tahun untuk membuktikan kemampunan mereka dan mereka akan berundur dengan aman sekiranya kerajaan mereka gagal melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan kepada rakyat.

Rata-rata yang mendengar mungin terpesona. Ditambah lagi dengan janj-janji merapu memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat. Realitinya mereka hanya mampu berjanji dan gagal melaksanakan dalam tempoh yang diberi seperti apa yang terjadi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Malah janji mereka untuk memberi peralihan kuasa secara aman ke Barisan Nasional juga satu penipuan. Sebelum telah terjadi dimana perubahan kuasa di Perak dimana kumpulan-kumpulan fanatik Pakatan Rakyat telah melakukan pelbagai huru-hara dalam usaha membantah peralihan kuasa dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional. Kereta Sultan dihalang dan mereka mengadakan pelbagai protes dengan berdemo dan memulau mesyuarat Dewan Undangan Rakyat. Adakah ini yang dikatakan sebagai perubahan kuasa yang aman?

Belum ada lagi sebab yang relevan untuk rakyat menukar kerajaan sedia ada ke bawah Pakatan Rakyat khususnya Negeri Sembilan. Ternyata mulut-mulut pemimpin mereka lebih gemar berjanji manis di pentas ceramah dari memperjuangkan nasib rakyat seperti apa yang dilakukan oleh Anthony Loke dan kuncu-kuncunya.

Malah janji-janji yang ditabur oleh pemimpin-pemimpin mereka di pentas ceramah pada 2008 masih gagal dilaksanakan sehingga ke hari ini. Mana janji pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang ditabur di pentas ceramah dulu? Sudah lupakah janji anda kepada pengundi kawasan anda?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP