PAS LENGGENG BERGOLAK ANGKARA CALON

>> 15 April 2013


Satu sumber mendedahkan bahawa PAS Lenggeng kini bergolak hebat apabila terdapat pihak tidak berpuas hati dengan calon yang diumumkan Mat Sabu pada 11 April lalu. Ini kerana terdapat protes yang hebat dari akar umbi PAS sendiri yang mempertikaikan mengapa Zulkifli Omar diumumkan sebagai calon yang memotong giliran calon yang lebih senior iaitu Ustaz Ibrahim.

Sebelum ini  PAS Lenggeng sememangnya sudah terbahagi kepada dua pihak iaitu kumpulan Zulkifli Omar dan kumpulan Ustaz Ibrahim. Kedua-dua ini adalah anak jati Seremban dan kumpulan mereka telah lama melobi nama pemimpin masing-masing untuk bertanding pada PRU 13.

Sebelum nama Zulkifli Omar diumumkan, kumpulan Ustaz Ibrahim pernah memberikan amaran kepada kumpulan Zulkifli Omar dimana mereka sama sekali tidak akan turun padang untuk berkempen sekiranya Zulkifli Omar dicalonkan. Tetapi Zulkifli Omar bukan sahaja mendapat mandat dari PAS Negeri Sembilan, malah PKR Lenggeng juga mengalu-alukan pencalonannya berikutan Zulkifli Omar bukanlah seorang yang pro ulama sebaliknya hanya seorang pengikut tegar golongan Anwarinas Negeri Sembilan.

Ustaz Ibrahim pula diketahui sebagai pro ulama'. Sebelum ini Ustaz Ibrahim pernah dilanda kontroversi apabila ketika dia dilantik menjadi seorang Imam di sebuah surau di sebuah taman perumahan, dia telah mengucapkan kata-kata berbaur politik semasa kuliah maghrib. Akibatnya dia dipecat dari jawatan Imam kerana kesalahannya itu.

Suasana di kem PAS Lenggeng sememangnya semakin suram apabila kekurangan jentera parti untuk berkempen pada PRU 13. Malah jentera-jentera sedia ada yang terdiri dari kumpulan Zulkifli Omar terpaksa merayu penyokong-penyokong PAS yang tidak berdaftar menjadi ahli untuk menjadi jentera kempen sukarelawan.

Keadaan ini memungkinkan terdapat undi protes dari PAS sendiri untuk menjatuhkan Zulkifli Omar. Pergolakan ini pastinya akan berterusan sepanjang kempen PRU 13 nanti.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP