POLITIK GANAS: BILIK GERAKAN BN DILEMPAR BOM PETROL

>> 24 April 2013


SUNGAI BESAR 24 April - Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman di sini nyaris hangus dijilat api setelah dilempar bom petrol dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi ini.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung yang kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP) setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN.

Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman, Zulkefli Hassan berkata, kebakaran itu berjaya dipadam oleh para petugas parti sekali gus dapat menyelamatkan bilik gerakan itu daripada hangus.

Premis tersebut merupakan sebuah balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu.

Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi ini.- UTUSAN 

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP