DAP BERGOLAK: PENYANDANG KERUSI DAP BERTANDING CALON BEBAS

>> 18 April 2013


SEREMBAN: Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez pada Khamis mengumumkan untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Fernandez berkata, beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenangi beliau pada PRU lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.

"Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuat kuasa Rabu," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Katanya, tiga lagi bekas anggota DAP yang mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka adalah bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Emas S. Vijayan yang akan bertanding di DUN Bukit Kepayang, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Nilai Perdana S. Rajasheger (Nilai) dan anggota DAP Rantau R. Sasikumar (Temiang).

Fernandez berkata, tindakan keluar parti dan bertanding sebagai calon Bebas itu diambil kerana merasakan DAP tidak lagi parti berbilang kaum dan meminggirkan kaum India apabila ramai pemimpin India dalam parti itu tidak dinamakan sebagai calon untuk PRU kali ini.

Katanya, ia juga bagi memberi tekanan terhadap DAP yang menguasai kerusi Parlimen Seremban dan beberapa DUN di bawahnya dan berharap pengundi dapat memilih pemimpin yang tepat.

Parlimen Seremban mempunyai enam DUN dan pada PRU lalu, DAP memenangi tiga daripadanya iaitu Nilai, Lobak dan Temiang sementara PKR dua (Sikamat dan Ampangan), manakala BN hanya menang di Lenggeng.

Turut bersama Fernandez dan rakan-rakannya untuk bertanding sebagai calon Bebas di negeri ini ialah dua lagi iaitu peguam S. Karthigesan yang akan bertanding di kerusi DUN Senawang dan ahli perniagaan S. Daniel di Port Dickson.

Kesemua mereka telah mengambil dan mengisi borang pencalonan pada Khamis. - BERNAMA

3 comments:

Anonymous,  April 18, 2013 at 6:35 PM  

Bodoh betul mamat yang kuar dap turr. Kalau dia kuar Dap, pah tu tanding bebas, sah le orang PR tak nak pangkah dia! Orang PR akan pangkah lambang, bukan orang! Patutnya dia masuk calon bebas tapi jangan kuar parti Dap sbb dgn cara ini penyokong Dap akan berpecah dua!!

Anonymous,  April 18, 2013 at 6:39 PM  

Dengan filem lucah pun orang PR tak berganjak, inikan pula kalu setakat farnandez keluar dap masuk calon bebas. Strategi dia tak kena. Memang sah hilang wang pertaruhan!

Anonymous,  April 18, 2013 at 6:56 PM  

Ketua Felda palong, naib ketua wanita, bekas timb menteri pertanian di penang, ketua2 gerakan di penang, ketua mca di Jb - semua cakap bukan main lantang!! Apa tindakan LD umno & BN? Kami penyokong BN ingin kepastian!!

Post a Comment

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP