PAS SEMAKIN MENGEJAR STATUS PARTI KAFIR. SANGGUP LETAK CALON BUKAN ISLAM

>> 07 March 2012

Kepimpinan PAS negeri khususnya Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah diminta memberikan perhatian dalam pembahagian kerusi termasuklah meletakkan calon daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bertanding dalam PRU-13 nanti. 
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keputusan calon DHPP dibolehkan bertanding atas tiket PAS sejak tahun 2010, malah ia diputuskan oleh Majlis Syura.

Keenam-enam negeri tersebut, katanya mempunyai kekuatan DHPP yang dilihat berdasarkan semangat yang ada melalui keahlian, aktiviti serta sambutan program yang diadakan. - Haprakah
 
Kebodohan PAS dalam menjual parti sendiri kepada kafir harbi semakin menjadi-jadi. Kesediaan PAS membuka pintu untuk calon bukan Islam menunjukkan betapa PAS amat terdesak untuk mencari calon dan kesediaan PAS untuk menjual nama Islam.

Agak memeranjatkan konon-kononnya nama Islam yang didokong PAS itu semakin kabur dengan melantik pemimpin dikalangan bukan Islam. Jadi dimanakah terletaknya nama Islam di dalam parti PAS? Adakah terdapat syariat Islam yang membenarkan perkara tersebut sedangkan masih ramai pemimpin Islam lain yang lebih layak?

Tidak hairanlah apabila ahli PAS bukan Islam berjaya menunjukkan kepada umum betapa mereka lebih Islam dan beriman dari orang Islam sendiri. Tahniah PAS! Take beer!

1 comments:

0gHe_gErrIs March 10, 2012 at 8:28 PM  

Take beer!?? what mean for that statement??

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP