HARAKAH BUKA TEMBELANG KAWASAN DAP SARANG RUMAH URUT?

>> 27 March 2012


Ini artikel yang dipetik dari Haprakah,

KLANG, 27 Mac: Sebuah rumah urut yang menyediakan pintu khas untuk pelanggannya melarikan diri apabila didatangi pihak berkuasa, diserbu oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi bersepadu di sini.  
Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPK, Andry Arman Masrom berkata, premis berkenaan terletak di Taman Bayu Perdana yang beroperasi secara haram sejak beberapa bulan lalu itu juga agak tersembunyi dan kelihatan cukup eksklusif untuk para pengunjung.

Sila perhatikan kawasan serbuan. Pertama ialah Klang. Parlimen Klang di bawah kuasa ahli parlimen DAP iaitu Charles Santiago.


Taman Bayu Perdana pula terletak di bawah DUN Pandamaran yang turut dikuasai DAP. Wakil rakyat kawasan ini ialah Liu Tan Khiew @ Ronnie Liu yang merangkap exco di dalam Kerajaan Negeri Selangor.


Jadi berdasarkan data-data yang diambil dari Haprakah, terdapat beberapa kesimpulan yang boleh dibuat. Antaranya:

1. Wakil DAP sememangnya tidak buat kerja kerana baru tahu taktik rumah urut guna pintu belakang.
2. DAP sememangnya menghalalkan perniagaan rumah urut kerana kawasan exco sendiri tidak dipantau.
3. Kerajaan Negeri Selangor sememangnya tidak buat kerja kerana baru terhegeh-hegeh hendak melakukan serbuan sedangkan rumah urut di Selangor sememangnya sudah lama beroperasi.
4. Kerajaan Negeri Selangor sememangnya menggalakkan operasi rumah urut dengan penambahan jumlah lesen yang dikeluarkan.
5. Wakil DAP tidak pernah jenguk kawasan sendiri.
6. Lain-lain yang difiikirkan boleh.

Jadi yang mana pilihan anda? Adakah pilihan anda menggambarkan situasi sebenar yang berlaku di dalam kawasan yang diuruskan wakil rakyat DAP?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP