PEMIMPIN PAS HANYA PANDAI BERCERAMAH, KAWASAN SENDIRI TAK TERJAGA!

>> 23 March 2012


Dalam tempoh bulan Mac ini sahaja sudah puluhan ceramah Pakatan Rakyat diadakan di Negeri Sembilan demi meraih undi dari rakyat. Isi ceramahnya seperti biasa mengutuk kerajaan dan menabur janji-janji manis yang sekadarsedap didengar tetapi realitinya tidak mampu dilaksanakan.

Di dalam Negeri Sembilan ini kawasan dibawah naungan PAS hanya satu iaitu di DUN Paroi. Kawasan ini merupakan kawasan yang dimenangi YB Taufek.

Setiap kali sidang DUN dapat disaksikan betapa Taufek sentiasa mencari kesalahan kerajaan walaupun kerajaan negeri cuba memberikan yang terbaik untuk rakyat. 

Dalam sibuk-sibuk Taufek mencari kesalahan orang lain, kawasan sendiri gagal dijaga dengan baik. Kisah yang dibawa Paneh Miang mengenai kesusahan penduduk di kawasan Taufek jelas menunjukkan kepada kita untuk menilai dimanakah tahap sebenar ADUN Paroi ini.

Malah sudah menjadi kebanggaan ADUN Paroi ini untuk mengambil kredit dari usaha gigih BN Negeri Sembilan seperti perkhidmatan wi-fi percuma dan status bangunan MARA.

Jadi jika hendak dibandingkan, pemimpin PAS sememangnya juara dalam berkata-kata. Dan kerana itu mereka sentiasa mampu memberika ceramah tetapi jika dari segi kerja, mereka terbukti tidak mampu melaksanakan apa-apa.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP