TAHNIAH KHALID GAGAP aka EXCO AGAMA ISLAM SELANGOR!

>> 22 March 2012


Nampaknya Khalid Gagap sememangnya berusaha merosakkan akidah umat Islam di Selangor. Jawapan "paling bijak" pernah keluar dari seorang pemimpin Islam apabila meletakkan masalah murtad di atas tanggungjawab keluarga sendiri.

Bukankah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk membanteras gejala murtad?!

Inikah jawapan dari seorang pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga kebajikan umat Islam?!

Ini pula laporan yang dipetik dari Sinar Harian,

SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini berkata, kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mahu keluarga seseorang mangsa murtad itu menyelesaikan sendiri masalah terbabit menunjukkan sikap "lepas tangan" Menteri Besar Selangor itu dalam menangani isu berkenaan. 

Beliau berkata, kerajaan PKR Selangor sepatutnya serius menangani gejala itu daripada terus berleluasa dengan menambah bilangan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Dengan pertambahan bilangan penguat kuasa, kerajaan negeri juga boleh cadangkan menubuhkan satu unit khas untuk tangani bukan saja gejala murtad, tetapi juga zina, arak dan pelbagai isu moral lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penjelasan Abdul Khalid, yang juga Exco Hal Ehwal Islam negeri ketika menjawab soalan Datuk Mohd. Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) pada sidang Dun mengenai isu murtad. 

Abdul Khalid (PKR-Ijok) dalam sesi itu berkata kerajaan negeri menyerahkan kepada keluarga dan rakyat masing-masing di negeri ini untuk menangani gejala murtad.

Menteri Besar berkata, sebanyak 130 kes murtad direkodkan dari 2004 hingga 2011, dengan 16 kes daripadanya sudah diselesaikan. 

Terdahulu, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dun berkenaan, Hasan turut mempersoalkan sikap lepas tangan kerajaan negeri dalam perbelanjaan berlebihan melibatkan anak syarikatnya.

Beliau mendakwa perbelanjaan itu didapati berlaku melibatkan seorang individu yang menjawat jawatan tertinggi pengurusan di tiga buah anak syarikat kerajaan negeri yang menelan kos keseluruhan sebanyak RM130,000 dalam tahun yang sama. 

Hasan mendakwa individu tersebut pergi ke Shanghai, China, Chiangmai (Thailand) dan Perth (Australia) membabitkan kos kira-kira RM130,000 dalam tahun yang sama. 

"Saya hairan kenapa individu ini sering ke luar negara dan seolah-olah tiada kerja dalam negeri ini. Sebab itu, saya cadangkan kerajaan negeri hadkan bilangan untuk seseorang itu menjawat jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri". - Bernama

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP