MALAYSIAKINI MENIPU LAGI. IMAM SELIPAR TIDAK PERNAH MENGISLAMKAN BANDUAN

>> 30 March 2012


Artikel penipu!

KUALA LUMPUR 30 Mac – Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan sebuah media online berhubung bekas imam yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah selepas membaling selipar ke arah hakim, Hoslan Husin yang didakwa mengislamkan dua banduan dan menjadi imam di penjara Kajang.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat perkara tersebut dan hasil siasatan mendapati laporan itu tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

"Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur jabatan,” katanya.

Semalam, akhbar Harakah Daily melaporkan dan memetik kata-kata isteri Hoslan, Noorliza Mohd Isa yang memberitahu suaminya telah mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain serta menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

Hoslan merupakan bekas imam Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan dipenjarakan selama setahun sejak 8 Mac lepas atas kesalahan menghina mahkamah selepas dia membaling selipar ke arah tiga panel hakim ketika mahkamah bersidang di Mahkamah Persekutuan, pada 22 Februari lepas.

Supri berkata, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya banduan lain. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP