AHLI PARLIMEN BAKRI YANG CUBA MENJADI HERO LYNAS. HERO ATAU SAMPAH?

>> 09 March 2012


Berikut ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh Er Teck Hwa oleh sebuah akhbar kaki kelentong Pakatan Rakyat.
Apakah alasan Kerajaan Pemerintah untuk membenarkan pembinaan loji berbahaya ini berdekatan dengan industri-industri begini? Apakah pihak Kerajaan Pemerintah tidak memikirkan mengenai nasib ribuan pekerja-pekerja industri yang mencari rezeki untuk menyara keluarga di Pusat Perindustrian Gebeng ini? Bagaimana pula dengan nasib 309 nelayan laut dalam di sekitar Kuantan? Sektor perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar.
Jawapan untuk soalan ini sudah pun dijawab berpuluh kali. Loji tersebut tidaklah bahaya. Permasalahan utama ialah pakar mana yang mengatakan loji tersebut berbahaya?! Sedangkan Agensi Atom Antarabangsa sendiri telah meluluskan kawasan projek tersebut pada tahun lepas. Apakah Er Teck Hwa mempunyai kelayakan yang lebih hebat dari panel Agensi Atom Antarabangsa?

Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima, dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun.

Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang.
Ini merupakan satu lagi penipuan dari Pakatan Rakyat. Laji di Fukushima merupakan loji nuklear untuk meenghasilkan tenaga eletrik sedangkan loji Lynas hanyalah loji pemprosesan dan penapisan. Ini dapat menunjukkan kebodohan ahli Parlimen DAP ini kerana tidak dapat membezakan loji nuklear dengan loji kilang kimia.

Sehingga ke hari ini masih tiada satu hujah pun yang mampu ditunjukkan pembangkang bahawa Lynas merupakan projek yang berbahaya. Malah sehingga ke hari ini kesemua penipuan mereka telah pun dibongkarkan. Hanya lembu-lembu Pakatan Rakyat sahaja yang masih termakan penipuan mengenai Lynas ini.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP