PENDEDAHAN MENGENAI PENGURUSAN NEGARA

>> 22 March 2012


PAS sering memainkan isu negara akan bankrap akibat pengurusan hutang negara yang gagal dikawal oleh kerajaan. Sentimen ini dimainkan demi mengganggu emosi rakyat bahawa kerajaan BN pada hari ini tidak telus dalam mengawal ekonomi negara.

Sebenarnya benarkah dakwaan PAS bahawa kerajaan tidak mampu mengawal masalah hutang dalam negara?

Sebenarnya ianya hanyalah sekadar satu bentuk pembohongan dari PAS untuk meraih undi. Fakta yang dimainkan hanyalah Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 53% tetapi fakta yang disorok pula ialah Kadar Pertumbuhan Ekonomi iaitu sebanyak 7.2% dan ramalan dari agensi ekonomi antarabangsa seperti IMF menjangkakan ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada tahun ini sebanyak 4%-5%.

Malah Pendapatan Negara Kasar juga sama sekali tidak pernah dinyatakan PAS kerana pastinya apabila angka-angka ini dikeluarkan maka pemimpin-pemimpin PAS sukar untuk cari makan dalam kempen ceramah mereka.

Pendapatan Negara pada waktu ini pada jumlah $447 bilion dan kadar hutang pula 53% dari pendapatan negara kasar. Adakah dengan ini negara mempunyai masalah untuk membayar hutang? Jawapannya pastinya tiada masalah!

Jadi secara logik dan teori, Malaysia langsung tidak mempunyai masalah dalam menguruskan hutang negara kerana hutang itu terlalu banyak bentuk yang boleh dibayar. Jadi emosi rakyat cuba dimainkan oleh PAS dengan angka-angka ini demi meraih undi.

Satu lagi ialah kadar pengurusan ekonomi Malaysia berada pada tahap yang baik iaitu hampir sama dengan negara maju. Malah kadar pengurusan hutang Malaysia amat baik sekali jika dibandingkan dengan negara membangun yang lain yang sama taraf dengan Malaysia seperti Brazil dan Arab Saudi.



Jika hendak dibandingkan dengan negara maju seperti Norway, Sweden dan Jepun, Malaysia tidaklah jauh ketinggalan seperti didakwa pemimpin-pemimpin PAS. Malah Malaysia semakin hari semakin baik dalam pengurusan hutang dan semakin mengejar negara-negara tersebut.

Jadi selama ini pemimpin-pemimpin PAS seperti Mat Sabu hanyalah gemar berbohong tanpa melihat gambaran penuh terhadap pengurusan hutang negara.

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP