PAS MENOLAK PENDIRIAN PKR SOKONG ISRAEL!

>> 17 March 2012


Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram." 
Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali. 
Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi. - Haji Hadi, Sinar Harian.
Akhirnya PAS barjaya menemui kejantanan mereka semula selepas dicuri oleh PKR dan DAP. Terbaru, Haji Hadi menyatakan secara terbuka betapa PAS tidak sehaluan dengan Anwar dalam isu sokongan Anwar terhadap Israel di Wall Street Journal.

Tetapi buat masa ini puak PAS seharusnya tidak terlalu gembira kerana sekiranya Anwar berdehem, maka akan tercabutlah kembali kopiah-kopiah orang PAS ketakutan dan berpusu-pusulah mereka meminta maaf kembali berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa lalu.

Sudah terang lagi jelas bahawa PKR berseorangan dalam memperjuangkan isu Israel. Bila pula PAS hendak desak Anwar minta maaf?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP