HAPRAKAH MEMBUKTI LYNAS HANYALAH MAINAN POLITIK PEMBANGKANG

>> 18 March 2012


Haprakah akhirnya terkeluar kenyataan yang membuktikan bahawa Lynas hanyalah mainan politik permbangkang untuk mendapat kuasa.
Sementara itu, Naib Pengerusi SMSL Ismail Abu Bakar berkata, langkah terakhir bagi menyelesaikan isu Lynas ini adalah dengan menukar kerajaan
Katanya, kerajaan yang tidak mahu mendengar suara rakyat dan mahu menggadai keselamatan rakyat harus ditolak dan diganti kerajaan yang lebih bertanggungjawab. 
"Apa yang kita dah buat jika tak berjaya, akhirnya kita terpaksa balik kepada rakyat. 
"Kita akan mintak rakyat tukar kerajaan sebab Pakatan Rakyat sudah janji akan tutup Lynas jika menguasai kerajaan persekutuan," katanya.
Sudah jelas bahawa tujuan pembangkang mengutarakan isu Lynas hanyalah sekadar senjata politik dalam meraih sokongan rakyat. Tidak cukup dengan itu fakta-fakta penting diseleweng menggunakan media arus perdana mereka. Malah tiada satu pun akhbar cina pernah menulis fakta Lynas secara lengkap kerana isu ini digunakan untuk menipu masyarakat cina yang sememangnya hanya mempercayai media bahasa cina sahaja.

Jadi adakah kita mahu menyokong lagi agenda Pakatan Rakyat yang mendalangi kekecohan isu Lynas? Sedangkan sehingga ke hari ini selepas lebih setahun Pakatan Rakyat masih gagal mengemukakan seorang saintis yang mampu mengatakan Lynas berbahaya. Jadi siapakah anda percaya? Pakatan yang gemar berbohong atau pakar nuklear?

1 comments:

aloqlaloq March 18, 2012 at 2:31 PM  

Sudah terang lagi bersuluh niat mereka mempolitikkan Lynas hanya untuk memburukkan imej Kerajaan.

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP