BLOGGER OTAI PAKATAN KANTOI BUAT ARTIKEL FAKTA REKA SENDIRI

>> 27 March 2012


Al-kisah seorang blogger otai Pakatan yang cuba-cuba hendak buat cerita fitnah dengan mengatakan harga motosikal 1Malaysia dianggarkan bernilai RM 450 000. Tambah blogger otai ini dari maklumat yang didapatinya motosikal ini dibina oleh Paul Sr dan Paul Jr. Benarkah fakta ini?!

Ini dakwaan blogger otai tersebut di blog,
Difahamkan 1Malaysia Chopper ini adalah rekaan Mr. Paul Teutul Sr. dari Orange County Choppers (OCC) USA yang popular dalam rancangan American Chopper di saluran Discovery Channel. 
Ianya ditempah khas oleh Tourism Malaysia dan dibuat sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr bersama kumpulan mereka. 
Harganya hanyalah sekitar USD150,000 atau bersamaan dengan RM450,000 sajeee….

Nampaknya blogger otai ini pakai fakta tangkap muat sahaja.

Pertamanya, Paul Sr dan Paul Jr tidak pernah membina motosikal bersama sejak tahun 2010 kerana permasalahan keluarga. Malah Paul Jr sudah memulakan syarikat sendiri yang bernama Paul Jr Design yang diselenggarakan sendiri tanpa apa-apa hubungan dengan OCC yang dimiliki Paul Sr. Jadi dimana terletak kebenaran fakta blogger otai ini bahawa Paul Jr dan Paul Sr membuat motosikal ini bersama?
Paul Jr. started a new motorcycle design company, Paul Jr. Designs (PJD). After a one year non-compete clause ended, Paul Jr. opened a motorcycle shop in April 2010. TLC then commissioned a 7th season titled American Chopper: Senior vs. Junior which features both OCC and PJD. - wikipedia
Keduanya, berdasarkan satu forum, julat harga motosikal buatan khas OCC tanpa sebarang fabrikasi khas dianggarkan antara $60,000 ke $100,000. Harga motosikal yang berada di paras atas $150,00 ialah motosikal yang dijual secara lelong.

Ini ialah jawapan seorang peminat motosikal dari Amerika apabila ditanya mengenai julat harga sebuah motosikal keluaran OCC tempahan khas yang mempunyai spesifikasi tahap maksimum.


Ini pula harga salah satu motosikal yang dikeluarkan OCC. Bandingkan dengan harga dakwaan otai tersebut.


Jadi, dimanakah kredibiliti blogger otai ini dalam mengambil maklumat untuk disebarkan?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP