PPSMI: PAS PENGECUT!

>> 14 March 2012


PAS yang konon-kononnya teramat hebat dan lantang membuktikan bahawa mereka adalah parti pengecut. Ini kerana dalam keratan Haprakah, terdapat satu artikel menyatakan bantahan terhadap PPSMI yang dilaksanakan kerajaan. Ini secara tidak langsung menyatakan bahawa PAS tidak menyokong PPSMI.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menegaskan bahawa pengenalan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah suatu tragedi agama, bangsa dan negara. 
Malah, kata presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid, ia suatu musibah besar gara-gara nafsu pemimpin yang dirasuk virus penjajah bahawa dengan mendominasikan bahasa Inggeris, negara boleh berada mencapai tahap kemajuan bertaraf dunia

Permasalahannya PAS masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi untuk membantah PPSMI sedangakan mereka sememangnya tidak menyokong PPSMI sejak dahulu lagi. Sebaliknya mereka bersembunyi di sebalik pertubuhan-pertubuhan tertentu dan menyatakan pendirian melalui pertubuhan tersebut. Bukankah ini namanya pengecut?!

Cuba kita fikir sejenak. Apa yang dimaksudkan dengan pengecut? PAS takut kepada siapa?

PAS sebenarnya takut kepada DAP kerana DAP secara terang-terangan menyatakan pendirian menyokong PPSMI. Malah pendirian DAP ini pernah ditentang beberapa pemimpin PKR dan PAS tetapi akhirnya senyap membisu. Kerana apa? Semuanya kerana kejantanan sudah hilang demi meraih undi bukan Melayu.

Tony Puaka menyatakan pendirian DAP untuk meyokong PPSMI

Ini pula pendirian seorang pemimpin PKR untuk membantah PPSMI

Jadi bukankah telah terbukti bahawa PAS sememangnya pengecut?

0 comments:

Post a Comment





  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP